CUTI SEKOLAH OGOS 2019 - TRIP PERCUTIAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Macam biasa..Masuk bulan OGOS je papa dengan ibu pening kepala. 

08.08.09 birthday Abang Danish and 23.08.10 birthday Abang Rizqy. Plan asal nak ke Melbourne di sebabkan sana musim sejuk tapi batalkan niat sebabnya hujung bulan papa dengan ibu akan ke Dubai. (Trip Cuckoo) . Setelah dikira costing kami kenalah berjimat cermat. Kita cari trip yang bajet je la ye anak-anak..hehehehe~~~

Hasil perbincangan bersama papa, kami berdua ON trip ke Universal Studio Singapore. Kali ni punya perbincangan panjang sikit memandangkan ada baby Dhiya. So, banyak benda nak kena pertimbangkan. Transport, hotel, perbelanjaan dan lain-lain. Actually perbelanjaan tu penting, sebab nilai duit sana agak tinggi. Tapi trip kami ni trip BAJET kami akan mengurangkan sebanyak mungkin kos yang ada. hahahahaha~~~



Birthday boy happy!!

Bermulalah episod survey..Travel agency bagi dua pakej. 

1. Trip by bus  (Pakej Bas Persiaran By Tune Hotel + Ticket USS)
Dewasa - RM 255/pax (13-59 tahun) 
Kanak-kanak - RM 215/pax  (4-12 Tahun)
Bayi - Free (3tahun -0 bulan)

* Kalau naik bus, kalau korang tak duduk TUNE HOTEL, bus boleh ambil korang dekat hotel yang korang duduk dengan bayaran RM10/seat (extra charge) 

Asalnya memang rasa murah, yela..sebab naik bus kan. Tapi mengikut pengalaman encik suami yang pernah pergi (Kali ke-3) ke USS dia kata kalau naik bus kena beratur panjang nak masuk CIQ. Allahuakhbar....memang tak la kan..Dengan baby lagi nak beratur. Jadi kita ambil pakej lain. Tak sanggup mak nak oiii...hahaha~~~

2. PAKEJ SILVER DAY TRIP TO USS + SHORT SINGAPORE CITY TOUR
Dewasa - 367/ pax (13-59 tahun) 
Kanak-kanak - 327/pax  (4-12 Tahun)
Bayi - Free (3tahun -0 bulan)

Pakej ni ngam. sebab kami bertujuh. Jadi charted satu MPV dapat tour Singapore sekali. Berzaman-zaman duduk JB tapi tak pernah masuk Singapore kan? Kali ni ambil peluang. Deal je kali ni. Kira jadilah. 

Eh..Dah booking trip bukan bermakna boleh lega tau, jangan lupa booking hotel.Sebab nak tidur satu malam je, kita terus booking tune hotel. Memang tau TUNE HOTEL punya bilik kecik, so lynn siap-siap bawak toto selimut. RM 86 je semalam.Booking mahal-mahal pun tak guna sebab kami sampai JB hari tu dalam pukul 11.00 malam. Abang ada exam sekolah agama sampai pukul 6.30 petang.


Tune Hotel Danga Bay

Dah sampai JB sempat jugaklah makan dekat Restoran Sayam  dekat Stulang. Nampak macam kedai mamak, tapi sebenarnya kedai masakan siam. Order set untuk 4 orang dalam RM 78. Standard ada ikan siakap stim, telur dadar, daging masak merah, tom yam campur.




Yang Ni Sayam Saya..💘💘

Esoknya, tepat pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Singapore. Mula-mula masa deal agak kecewa jugak, sebab tak dapat Hyundai Starex. Katanya penuh. Tapi masa hari kejadian, Hyundai Starex yang menjemput kami. Alhamdulillah.. Sangat selesa untuk lynn yang ada baby and my friend yang tengah pregnant.




Sampai CIQ memang lancar. Tak jem pun, yang jem nak masuk Johor. Nampak dia orang berjalan dalam 5KM macam tu. Adoiii...Tak dapat ku bayangkan.


Zoom betul-betul. Tengok orang jalan kaki nak pergi CIQ. Biasa yang jalan ni yang naik bus. Sebab untuk kereta tak perlu turun dari kenderaan. 

Kita tunjuk je muka pada kakak cantik ni. Yang penting declare tujuh, tujuh tu mesti semua ada. 

Beria je pilih hari jumaat. Konon hari bekerja, tapi masa hari kami datang tu hari NATIONAL DAY SINGAPORE. Memang dia orang cuti. Driver kami kata memang akan ramai orang nanti. Sure la kan, nama pun hari cuti..dekat pasar pun hari cuti penuh orang inikan pula di USS.


Check point pertama kami untuk Road Tour Singapore adalah USS. Memang main destination. Around 10.30 am kami sampai di Resort World Carpark.And perjanjianya jam 5.30 pm driver akan datang ambil kami ke next destination.


Orang ramai-ramai ni bukan nak masuk Casino tau, ini pintu masuk nak jalan ke USS. Taklah jauh mana. Ada escalator. So,gunakan kemudahan yang ada.






Fuhh! Orang ramai gila! Cina, India, Mat salleh semua penuh. And, guess what? Nak ambil gambar dekat globe tu pun punyalah seksa. baru nak snap orang lalu, baru nak snap ada makhluk halang nak bergambar jugak..Alah2.. (Peringatan! Lain kali jangan datang waktu dia orang tengah cuti. tengok kelendar dulu) 
dapat jugak bergambar dekat globe berlima setelah ku halau semua..kahkah..


Suami dah tetapkan time, nak ambil gambar dekat globe tu sekejap je, nak kejar masuk dalam. Kalau tak nanti tak cukup time nak 'berjingkit' main semua yang ada. Ha, jangan seronok sangat, setiap permainan atau aktiviti ambil masa lebih kurang 30 minit untuk beratur. Jangan lupa tengok queue time board untuk estimated masa korang menunggu.Kira untung nasib la ni ya. Kalau 30 minit tu kira cepat la. Korang nak cepat beli ticket Universal Express. Korang akan dapat main permainan tanpa menunggu. harga ticket USD 110/ ticket (korang kali la dengan RM3.03). Prinsip kami adalah Bajet Trip. Jadi No Express. Mana sempat kita main. First dah masuk tu ambil dulu peta..



1. Jurassic Park Rapid Adventure.
2. Transformers the Ride 3D.
3. Canopy Flyer.
4. Treasure Hunters.
5. Shrek 4D Adventure.
6. Madagascar : A Crate Adventure.
7. Lights Camera Action.
8. Revenge of the Mummy.
9. Enchanted Airways.

Ready untuk 9 permainan ni? Percayalah! Tak sempat..



Senyuman kaku ni trademark tau...anak-anak ku memang jenis senyum tak ikhlas...hahaha~~

Mak buyong and pak buyong layan je kami anak beranak..hahahaha~~

Kami ambil mood Hollywood dulu untuk pusing-pusing. Nak masuk SESAME STREET tak dapat, sebab baby dilarang masuk. jadi terpaksalah lynn tunggu dekat luar dengan Dhiya. Tapi tak sampai 10 minit, tengok papa and the gang dah keluar. Bila tanya kenapa memasing tak sanggup nak tunggu. Ada lebih kurang dua jam lagi nak kena beratur.




So, kami ke next destination. ke tempat orang buat filem. NEW YORK. Kami masuk ke Light, Camera Action.nasib baik orang tak berapa ramai. Dhiya pun boleh masuk. Legalah jugak. Bukan lega apa, lega sebab dapat air cond. Dekat luar tu panas bukan main-main. Dapatlah tengok macam mana pembikinan filem bila guruh, petir, api keluar, kapal langgar. Orang buat filem semua dalam studio je. Kita yang tengok beria nampak real kan?


Ok, next location paling di nanti. Kita nak tengok Transformer. Dekat sinilah baru ku kenal erti penyesalan sebab tak beli Express Ticket. 1 jam 30 Minit beratur nak tengok TRANSFORMER the ride: The Ultimate 3D Battle. Masa ni rasa nak muntah, nak patah balik, nak marah semua ada. Dah nampak tangga, tapi belum tentu boleh naik tangga tu, sebab kena tunggu lagi. Kah! Tapi puas, sebab dapat tunaikan impian anakanda tercinta Danish Hfiy yang nak sangat tengok. Rizqy? Bukan jiwa dia. Dia tak kuasa nak beratur. Dia tunggu dengan papa dekat luar.








Dia suruh ibu sabar, tapi muka dia...hurmmm....


OK, sebenarnya dia nak ambil gambar dekat sini je. Sebab tahun lepas papa bakar dia dengan pic kereta ni..


Habis je terus ajak pergi makan. Tak boleh tahan dah. Masing-masing dah bergelut lapar. Kami terus je ke Oasis Spice Cafe. kami makan 3 nasi bariani dengan air lebih kurang USD73. Erkkk...jangan convert. kalau convert tak makan la jawabnya. nak cari yang HALAL dalam tu bukan senang juga ya. yang ada kita bedal dulu la. Nasi bariani dia sedap. Cuma ayam dia besar sangat. Dekat sini Lynn suggest satu hidangan ni sesuai untuk dua orang. Jadi dah jimat.




Selesai makan, Dhiya pun dah tidur sewaktu menunggu, kami bergerak terus ke The Lost World. Papa nak ajak tengok pertunjukan air. Lynn tak ada hati nak masuk. Pasal dah penat. So, rest dengan Dhiya bawah pokok. Banyak kami skip sebab semua perlu menunggu lebih kurang 1 jam macam tu. orang ramai sangat-sangat. kecewa jugaklah.




Lepas habis pertunjukan air kami terus decide nak keluar. Sebab dah pukul 4.00 pm. Nak tour tengok Singapore lagi lepas ni. Takut tak larat. Disebabkan driver kami terbaik, memang dia pun dah sedia menunggu kami terus keluar dari USS dan bergerak ke lokasi seterusnya.



Kami pergi ke ARAB STREET. Dekat sini kami makan Murtabak Zam Zam yang terkenal di Kota Singa. Kami order Murtabak Daging dan Ayam. Dengan suasana restoran pun selesa tambah kan lagi kelazatan hidangan. Banyak Plan nak buat tapi tak larat dah. Memang kami makan je dekat sini. Ada lagi menu menarik dekat sini. Kalau rajin boleh cari ya.






Next lokasi kami ke BUGIS STREET. Bahasa mudah macam PETALING STREET. Memang sesak orang. Kami jalan-jalan cuci mata. Then bergerak ke next loacation.Masa nak ke destinasi seterusnya tu, kami dapat la pengalaman menarik tengok skrin besar di tengah-tengah BUGIS Street tu sambutan National Day Singapore. Memang best macam dekat Malaysia juga.









Kami terpaksa batalkan untuk ke MERLION PARK. Sebabnya jalan ke sana tak boleh masuk. Ada perarakan sempena kemerdekaan. Kami terus ke Garden By The Bay. Ada 1 JAM pertunjukan percuma lampu. Garden ni terletak betul-betul berdekatan HOTEL MARINA BAY SAND. memang cantik! Nak jalan satu taman ni memang penat tau. Tapi jangan risau. Ada Buggy.USD8 sekepala. Untuk ticket Flower Dome + Cloud Forest harga dalam RM69/kepala. Korang akan dapat tengok pelbagai jenis bunga dari serata dunia. kalau tak nak masuk boleh je..Percuma tengok dari luar. nampak jugak. lynn layan dari luar je. Malam tu dapat jugak layan pertunjukan bunga api.










Selesai je pertunjukan lampu, kami terus bergerak balik ke JB. Kalau masa pergi tadi tak jem, balik dah tentulah jem. Dua jam lekat nak masuk pemeriksaan CIQ. Sampai hotel lebih kurang pukul 11.00 malam. Memang lepak gila semua. Anak-anak pun dah tumpas.
  
Penat tapi seronok. Itu abang bagitau. Tak apalah, next time kita datang lagi dengan express pass ya. Tunggu adik Dhiya besar sikit. Nak naik semua memang tak dapat dalam USS tu. Tapi dapat pungut pengalaman. First lawatan ni orang kata pengenalan diri. Dah ada pengalaman, kali kedua nanti dah senang..Eh? Bukan ke kata dah tobat? Hahahaha!~~~

Apa pun, abang dah puas hati. Alhamdulillah..Pengalaman anak-anak juga. Maaf tahun ni tak dapat nak jumpa salji lagi. Doakan la moga rezeki ibu dan papa lebih next time nanti. Insyaallah...


Lynn bagi gambar daripada Universal Studio Tips ya..So korang boleh search jugak dari blog tu. Dekat bawah ni semua gambar dari https://livingnomads.com








 


Last sekali nak bagi tips untuk parents nak bawa anak-anak
1. Main mainan yang bersesuaian dengan usia anak. 
2. Awasi anak-anak kita sebab crowded sangat 
3. Jangan beli di gerai makanan sesuka hati, sebab tanda halal tak letak. Ada jual kerbau pendek banyak jugak dekat gerai-gerai tu

Nanti sambung Lynn bagi tips, Dhiya dah melalak...hahaha


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam sis. blh sy dapatkan contact travel agent yg sis guna

    ReplyDelete
  3. Jom pegi USS dari Johor Bahru ☺
    .
    Pakej dengan bas persiaran 2Ways Transfer hanya:
    .
    Rm254 (adult)
    Rm202 (child)
    .
    Termasuk Tiket Masuk & pengankutan pegi balik JB.
    .
    PM JESS di 012-7760219
    Love Travel -- www.facebook.com/lovetravel86

    ReplyDelete

Post a Comment