CUTI SEKOLAH OGOS 2019 - TRIP PERCUTIAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)
Macam
biasa..Masuk bulan OGOS je papa dengan ibu pening
kepala.
08.08.09 birthday Abang
Danish and 23.08.10 birthday Abang Rizqy. Plan
asal nak ke Melbourne di sebabkan sana musim sejuk tapi
batalkan niat sebabnya hujung bulan papa dengan ibu akan ke Dubai. (Trip Cuckoo) . Setelah dikira
costing kami kenalah berjimat cermat. Kita cari trip yang bajet je
la ye anak-anak..hehehehe~~~
Hasil
perbincangan bersama papa, kami berdua ON trip ke Universal Studio
Singapore. Kali ni punya perbincangan panjang sikit memandangkan ada baby
Dhiya. So, banyak benda nak kena pertimbangkan. Transport, hotel, perbelanjaan
dan lain-lain. Actually perbelanjaan tu penting, sebab nilai duit sana agak
tinggi. Tapi trip kami ni trip BAJET kami akan mengurangkan
sebanyak mungkin kos yang ada. hahahahaha~~~
Birthday boy happy!!
Bermulalah
episod survey..Travel agency bagi dua pakej.
1. Trip by
bus (Pakej Bas Persiaran By Tune Hotel + Ticket USS)
Dewasa - RM
255/pax (13-59 tahun)
Kanak-kanak -
RM 215/pax (4-12 Tahun)
Bayi - Free
(3tahun -0 bulan)
* Kalau naik
bus, kalau korang tak duduk TUNE HOTEL, bus boleh ambil
korang dekat hotel yang korang duduk dengan bayaran RM10/seat (extra
charge)
Asalnya
memang rasa murah, yela..sebab naik bus kan. Tapi mengikut pengalaman encik
suami yang pernah pergi (Kali ke-3) ke USS dia kata kalau naik bus kena beratur
panjang nak masuk CIQ. Allahuakhbar....memang tak la kan..Dengan baby lagi nak
beratur. Jadi kita ambil pakej lain. Tak sanggup mak nak oiii...hahaha~~~
2. PAKEJ
SILVER DAY TRIP TO USS + SHORT SINGAPORE CITY TOUR
Dewasa - 367/
pax (13-59 tahun)
Kanak-kanak -
327/pax (4-12 Tahun)
Bayi - Free
(3tahun -0 bulan)
Pakej ni
ngam. sebab kami bertujuh. Jadi charted satu MPV dapat tour Singapore sekali.
Berzaman-zaman duduk JB tapi tak pernah masuk Singapore kan? Kali ni ambil
peluang. Deal je kali ni. Kira jadilah.
Eh..Dah
booking trip bukan bermakna boleh lega tau, jangan lupa booking hotel.Sebab nak
tidur satu malam je, kita terus booking tune hotel. Memang tau TUNE
HOTEL punya bilik kecik, so lynn siap-siap bawak toto selimut. RM
86 je semalam.Booking mahal-mahal pun tak guna sebab kami sampai JB hari tu
dalam pukul 11.00 malam. Abang ada exam sekolah agama sampai pukul 6.30 petang.
Tune Hotel
Danga Bay
Dah sampai JB
sempat jugaklah makan dekat Restoran Sayam dekat
Stulang. Nampak macam kedai mamak, tapi sebenarnya kedai masakan siam. Order
set untuk 4 orang dalam RM 78. Standard ada ikan siakap stim, telur dadar,
daging masak merah, tom yam campur.
Yang Ni Sayam
Saya..💘💘
Esoknya,
tepat pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Singapore. Mula-mula masa deal agak
kecewa jugak, sebab tak dapat Hyundai Starex. Katanya penuh. Tapi masa hari
kejadian, Hyundai Starex yang menjemput kami. Alhamdulillah.. Sangat selesa
untuk lynn yang ada baby and my friend yang tengah pregnant.
Sampai CIQ
memang lancar. Tak jem pun, yang jem nak masuk Johor. Nampak dia orang berjalan
dalam 5KM macam tu. Adoiii...Tak dapat ku bayangkan.
Zoom
betul-betul. Tengok orang jalan kaki nak pergi CIQ. Biasa yang jalan ni yang
naik bus. Sebab untuk kereta tak perlu turun dari kenderaan.
Kita tunjuk
je muka pada kakak cantik ni. Yang penting declare tujuh, tujuh tu mesti semua
ada.
Beria je
pilih hari jumaat. Konon hari bekerja, tapi masa hari kami datang tu hari NATIONAL
DAY SINGAPORE. Memang dia orang cuti. Driver kami kata memang akan ramai
orang nanti. Sure la kan, nama pun hari cuti..dekat pasar pun hari cuti penuh
orang inikan pula di USS.
Check point
pertama kami untuk Road Tour Singapore adalah USS. Memang main destination.
Around 10.30 am kami sampai di Resort World Carpark.And perjanjianya jam 5.30
pm driver akan datang ambil kami ke next destination.
Orang
ramai-ramai ni bukan nak masuk Casino tau, ini pintu masuk nak jalan ke USS.
Taklah jauh mana. Ada escalator. So,gunakan kemudahan yang ada.
Fuhh! Orang
ramai gila! Cina, India, Mat salleh semua penuh. And, guess what? Nak ambil
gambar dekat globe tu pun punyalah seksa. baru nak snap orang lalu, baru nak
snap ada makhluk halang nak bergambar jugak..Alah2.. (Peringatan!
Lain kali jangan datang waktu dia orang tengah cuti. tengok kelendar
dulu)
dapat jugak
bergambar dekat globe berlima setelah ku halau semua..kahkah..
Suami dah
tetapkan time, nak ambil gambar dekat globe tu sekejap je, nak kejar masuk
dalam. Kalau tak nanti tak cukup time nak 'berjingkit' main semua yang ada. Ha,
jangan seronok sangat, setiap permainan atau aktiviti ambil masa lebih kurang
30 minit untuk beratur. Jangan lupa tengok queue time board untuk
estimated masa korang menunggu.Kira untung nasib la ni ya. Kalau 30 minit tu
kira cepat la. Korang nak cepat beli ticket Universal Express. Korang akan
dapat main permainan tanpa menunggu. harga ticket USD 110/ ticket (korang kali
la dengan RM3.03). Prinsip kami adalah Bajet Trip. Jadi No
Express. Mana sempat kita main. First dah masuk tu ambil dulu peta..
1. Jurassic Park Rapid Adventure.
2. Transformers the Ride 3D.
3. Canopy Flyer.
4. Treasure Hunters.
5. Shrek 4D Adventure.
6. Madagascar : A Crate Adventure.
7. Lights Camera Action.
8. Revenge of the Mummy.
9. Enchanted Airways.
Ready untuk 9
permainan ni? Percayalah! Tak sempat..
Senyuman kaku ni trademark tau...anak-anak ku memang jenis senyum tak ikhlas...hahaha~~
Mak buyong and pak buyong layan je kami anak beranak..hahahaha~~
Kami ambil
mood Hollywood dulu untuk pusing-pusing. Nak masuk SESAME STREET tak
dapat, sebab baby dilarang masuk. jadi terpaksalah lynn tunggu dekat luar
dengan Dhiya. Tapi tak sampai 10 minit, tengok papa and the gang dah keluar.
Bila tanya kenapa memasing tak sanggup nak tunggu. Ada lebih kurang dua jam
lagi nak kena beratur.
So, kami ke
next destination. ke tempat orang buat filem. NEW
YORK. Kami masuk ke Light,
Camera Action.nasib baik orang tak berapa ramai. Dhiya pun boleh masuk.
Legalah jugak. Bukan lega apa, lega sebab dapat air cond. Dekat luar tu panas
bukan main-main. Dapatlah tengok macam mana pembikinan filem bila guruh, petir,
api keluar, kapal langgar. Orang buat filem semua dalam studio je. Kita yang
tengok beria nampak real kan?
Ok, next
location paling di nanti. Kita nak tengok Transformer. Dekat sinilah baru ku
kenal erti penyesalan sebab tak beli Express Ticket. 1 jam 30 Minit beratur nak
tengok TRANSFORMER the ride: The Ultimate 3D Battle. Masa ni rasa
nak muntah, nak patah balik, nak marah semua ada. Dah nampak tangga, tapi belum
tentu boleh naik tangga tu, sebab kena tunggu lagi. Kah! Tapi puas, sebab dapat
tunaikan impian anakanda tercinta Danish Hfiy yang nak sangat tengok. Rizqy?
Bukan jiwa dia. Dia tak kuasa nak beratur. Dia tunggu dengan papa dekat luar.
Dia suruh ibu
sabar, tapi muka dia...hurmmm....
OK,
sebenarnya dia nak ambil gambar dekat sini je. Sebab tahun lepas papa bakar dia
dengan pic kereta ni..
Habis je
terus ajak pergi makan. Tak boleh tahan dah. Masing-masing dah bergelut lapar.
Kami terus je ke Oasis Spice Cafe. kami makan 3 nasi bariani dengan
air lebih kurang USD73. Erkkk...jangan convert. kalau convert tak makan la
jawabnya. nak cari yang HALAL dalam tu bukan senang juga ya.
yang ada kita bedal dulu la. Nasi bariani dia sedap. Cuma ayam dia besar
sangat. Dekat sini Lynn suggest satu hidangan ni sesuai untuk dua orang. Jadi
dah jimat.
Selesai
makan, Dhiya pun dah tidur sewaktu menunggu, kami bergerak terus ke The Lost
World. Papa nak ajak tengok pertunjukan air. Lynn tak ada hati nak masuk. Pasal
dah penat. So, rest dengan Dhiya bawah pokok. Banyak kami skip sebab semua
perlu menunggu lebih kurang 1 jam macam tu. orang ramai sangat-sangat. kecewa
jugaklah.
Lepas habis
pertunjukan air kami terus decide nak keluar. Sebab dah pukul 4.00 pm. Nak tour
tengok Singapore lagi lepas ni. Takut tak larat. Disebabkan driver kami
terbaik, memang dia pun dah sedia menunggu kami terus keluar dari USS dan
bergerak ke lokasi seterusnya.
Kami pergi ke ARAB
STREET. Dekat sini kami makan Murtabak
Zam Zam yang terkenal di Kota Singa. Kami order Murtabak Daging dan
Ayam. Dengan suasana restoran pun selesa tambah kan lagi kelazatan hidangan.
Banyak Plan nak buat tapi tak larat dah. Memang kami makan je dekat sini. Ada
lagi menu menarik dekat sini. Kalau rajin boleh cari ya.
Next lokasi
kami ke BUGIS
STREET. Bahasa mudah macam PETALING
STREET. Memang sesak orang. Kami jalan-jalan cuci mata. Then bergerak ke
next loacation.Masa nak ke destinasi seterusnya tu, kami dapat la pengalaman
menarik tengok skrin besar di tengah-tengah BUGIS Street tu sambutan National
Day Singapore. Memang best macam dekat Malaysia juga.
Kami terpaksa
batalkan untuk ke MERLION PARK. Sebabnya jalan ke sana tak boleh
masuk. Ada perarakan sempena kemerdekaan. Kami terus ke Garden By The Bay. Ada
1 JAM pertunjukan percuma lampu. Garden ni terletak betul-betul berdekatan HOTEL
MARINA BAY SAND. memang cantik! Nak jalan satu taman ni memang penat tau.
Tapi jangan risau. Ada Buggy.USD8 sekepala. Untuk ticket Flower Dome +
Cloud Forest harga dalam RM69/kepala. Korang akan dapat tengok
pelbagai jenis bunga dari serata dunia. kalau tak nak masuk boleh je..Percuma
tengok dari luar. nampak jugak. lynn layan dari luar je. Malam tu dapat jugak
layan pertunjukan bunga api.
Selesai je
pertunjukan lampu, kami terus bergerak balik ke JB. Kalau masa pergi tadi tak
jem, balik dah tentulah jem. Dua jam lekat nak masuk pemeriksaan CIQ. Sampai
hotel lebih kurang pukul 11.00 malam. Memang lepak gila semua. Anak-anak pun
dah tumpas.
Penat tapi
seronok. Itu abang bagitau. Tak apalah, next time kita datang lagi dengan
express pass ya. Tunggu adik Dhiya besar sikit. Nak naik semua memang tak dapat
dalam USS tu. Tapi dapat pungut pengalaman. First lawatan ni orang kata
pengenalan diri. Dah ada pengalaman, kali kedua nanti dah senang..Eh? Bukan ke
kata dah tobat? Hahahaha!~~~
Apa pun,
abang dah puas hati. Alhamdulillah..Pengalaman anak-anak juga. Maaf tahun ni
tak dapat nak jumpa salji lagi. Doakan la moga rezeki ibu dan papa lebih next
time nanti. Insyaallah...
Lynn bagi
gambar daripada Universal Studio Tips ya..So
korang boleh search jugak dari blog tu. Dekat bawah ni semua gambar dari https://livingnomads.com
Last sekali nak bagi tips untuk parents nak bawa anak-anak
1. Main mainan yang bersesuaian dengan usia anak.
2. Awasi anak-anak kita sebab crowded sangat
3. Jangan beli di gerai makanan sesuka hati, sebab tanda halal tak letak. Ada jual kerbau pendek banyak jugak dekat gerai-gerai tu
Nanti sambung Lynn bagi tips, Dhiya dah melalak...hahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam sis. blh sy dapatkan contact travel agent yg sis guna
ReplyDeleteJom pegi USS dari Johor Bahru ☺
ReplyDelete.
Pakej dengan bas persiaran 2Ways Transfer hanya:
.
Rm254 (adult)
Rm202 (child)
.
Termasuk Tiket Masuk & pengankutan pegi balik JB.
.
PM JESS di 012-7760219
Love Travel -- www.facebook.com/lovetravel86