TIK TOK PLATFORM TERKINI

Lama rasanya tak update blog. Rindu nak update. Sekarang asyik update TIKTOK . Tengah musimkan?  Biasa la. Dunia sekarang banyak platform media sosial yang mana orang boleh buat income cuma melalui media sosial sahaja. Kak lynn dapat jana income ke?



 Ada la jugak. Tapi tak banyak. Buat bag kuning. Trend Bag Kuning kan sekarang ni. hahahaha... ~Lol~ (Perkataan ni korang tak akan jumpa di Tik Tok~~

Dalam kita ghairah nak mencari income, korang semua kena hati-hati.

Dimana-mana pun tetap ada penipuan. Kak Lynn masa join Tik Tok ni terkena juga dengan satu circle ni yang kata nak bantu usahawan. Masa tu kan kita semua baru lepas PKP and Kak Lynn boleh dikatakan dalam fasa pemulihan.

 

Sept 2022

Sinilah Kak Lynn mula buat Tik Tok dengan nama KAK LYLYNN |TIPS TALKER. Tapi kita blank. Bila Uploiad video TAK ADA view. View ‘0” paling kuat ’10’. So pening juga. Taka da view LIKE jauh sekali. Apatahlagi komen. Baru kita sedar bahawasanya Tik Tok ini adalah platform yang mana nak kena buat content yang orang nak tengok.

Tapi macam mana content orang nak tengok?

Sama juga macam blog. Korang akan baca apa yang korang nak baca. Susah kan? 

Susah bila kita Buta. Susah Bila kita tak tahu apa-apa.

So Terjebaknya kak lynn bila jumpa satu mamat ni yang menawarkan untuk coaching PERCUMA. Mula-mula seronok. Followers naik. View dari 10 naik jugalahkan. Tapi baru ku sedar. Dalam coaching dia menjual baju. So tak apalah. Mana ada benda percuma dalam dunia.


So mana tipunya?

 

Tipunya bila kak lynn bayar dia kelas coaching dengan harga beribu tapi lansung tak dapat apa-apa. Rupanya dia ambil kesempatan disitu. Semakin hari rasa semakin bodoh. Tapi sekarang masih lagi ada yang mengikut.Pelikkan?

 

Malas nak cerita banyak tentang mamat ni. Then bila ada kesedaran dalam diri dah dipergunakan ‘sebagai platform dia membayar hutang’ makanya kak lynn angkat kaki. Malas nak layan. Banyak benda sebenarnya dia punya isu. Memang dia kejar publisiti dan suka menipu orang sana sini demi matlamat dia.Dunia ni penuh dengan penipu.

 

Jadi kita belajar dengan cikgi yang betul. Barulah faham. Dunia media social ni kalau kita nak buat kena ada NICHE. Contoh boleh tengok Rayyan Bakery.



 Content creator yang buat NICHE HUMOR untuk mengembirakan orang. Betapa berjayanya dia. Ramai sebenarnya kita boleh ambil contoh. Jangan ikat diri kita degan mana-mana group yang akhirnya akan merugikan. Better korang belajar kalau nak jadi content creator yang betul-betul Berjaya.


So korang boleh folow kak lynn tau jangan lupa : 


YOUTUBE : KAK LYLYNN 



TIK TOK : KAK LYLYNN




Sambung PART 2


Comments