RESIPI- SUP KETAM KRABI ALA THAI



Mood Cuti masih On, memandangkan hari ni Khamis, ada pasar tani. So Lynn pergi hunting ketam dekat pasar tani. Murah je.RM24/kg. Ni yang best pasar tani, harga murah compare dengan pasar awam. 

Ok, korang boleh follow RESIPI SUP KETAM KRABI ALA THAI ni ya..

Bahan -bahan  : 
1. Ketam 6 Ekor - Basuh bersih 
2. Bawang Holland - 1 labu / hiris 
3. Bawang Putih - 6 ulas / Ketuk 
4. Daun limau Purut - 2 helai (boleh letak serai kalau nak letak) 
5. Tomato - 1 biji (Nak letak lebih pun boleh) 
6. Kayu manis and the gang (lupa nama gang dia..ahahaha) 
7. Lima sudu sos ikan (Jangan letak banyak nanti masin) 






Dah sediakan semua bahan, lebur je semua bahan tadi dalam kuali. Then Letak air 1 mangkuk lepas semua bahan tadi naik bau. Masukkan ketam lepas air dah mendidih. Biarkan sampai ketam masak.




Tara~~~~dah boleh makan..memang sedap. Resipi ni campak-campak je...Kalau nak letak daun sup, daun ketumbar dengan daun saderi pun boleh. Lynn malas nak pergi kedai. So ikut apa yang ada je la..














Comments