RESIPI IKAN LAMPAM MASAK LEMAK CILI PADI BELIMBING



Siapa hantu ikan sungai? Kalau Ya seppppp sikit! πŸ™Œ.Lynn memang hantu ikan sungai.Lagi banyak tulang lagi sedap.May be cabaran dalam mengharungi tulang belulang tu kot? πŸ˜‚. Hari Khamis macam biasa, hari pasar tani dekat tempat Lynn.Jadi kita hunting makanan sungai.Asyik ayam, ikan laut je boring gak kan.

Lynn kira kategori anak jati Negeri Sembilan. Mak Ayah orang Kelantan, Lynn lahir di Pahang. So nak kategori macam mana tu? Tapi tak kisah la..Lynn memang dibesarkan dengan makanan N9. Sebab tu memang suka betul masak-masak lemak ni.

Jom, hari ni masak IKAN LAMPAM MASAK LEMAK CILI PADI BELIMBING versi Lynn. Lain orang lain cara masak dia. 

BAHAN-BAHAN : 
1. Ikan Lampam - 3 Ekor 
2.Kunyit Hidup - agak-agak korang la nak kuning macam mana
3. Cili Padi-Pun agak-agak korang la.kalau Lynn memang suka pedas
4.Garam - secukup rasa
5. Asam keping - 1 keping
6. Belimbing buloh-ikut suka jugak
7. Santan-Lynn memang suka pakai santan KARA 




CARA-CARA : 
1. Salai ikan atas  kuali tanpa minyak. kalau ada kayu api salai atas bara lagi sedap.
2.  campurkan semua bahan tadi dalam kuali . Panaskan hingga mendidih.
3. Dah mendidih masukan ikan. 
4. Kemudian masukan limau. Lynn masuk limau last biar limau tak benyek. Nak rasa masam limau masa gigit.
5. Dah mendidih dan rasa dah masak boleh hidang. 







Done.Nampak tak belimbing terapung tu.So yunmmmmmyy! Coach hari ni tak diet ya..Lampam punya pasal..πŸ€ͺ


JEMPUT TENGOK SEMUA...πŸ₯ΆπŸ₯Ά

Comments

Post a Comment