RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG ORI


Koi anak JATI PAHANG oiii...

Eh? Pelik kan? MASAK LEMAK CILI API  declare anak jati NEGERI SEMBILAN . Ni buat SAMBAL HITAM kata PAHANG pulak. Mana satu betul ni? 🤪

Lynn lahir PAHANG. Rumah atuk sebelah mak di TEMERLOH. Mak ayah menetap dekat Negeri Sembilan. Sebab tu makanan PAHANG and NEGERI SEMBILAN memang pandai la sikit-sikit. 

Ni cara mudah nak buat SAMBAL HITAM PAHANG ORIGINAL. Nak masak sambal ni perlukan kesabaran.Bahan dia simple tapi nak masak tu lama sikit. 

Bahan-bahan 
1. BELIMBING BULIH (ikut berapa banyak nak.Sebab kalau rebus nanti kadi sikit je) 
2. Ikan Bilis -100 gram (Goreng garing)
3. Cili Api-100 gram 
4.Bawang merah (sederhana) -100 gram 
5. Bawang Putih- 5 ulas 
6. Gula/Garam - secukup rasa



1. Blend semua bahan -Cili Api , bawang besar, bawang putih  


2. Tumbuk Ikan bilis yang sudah digoreng-80% hancur

3. Rebuskan belimbing- Ini yang buatkan masa lama. Untuk rebus belimbing ni sampai hitam ambil masa lebih kurang 2 jam.Ikut kuantiti jugak.Jangan lupa masa rebus ni letakkan sekali garam. 


4.Sementara nak tunggu belimbing hitam, kita tumis dulu semua bahan yang kita blend tadi. Tumis sampai garing dan pecah minyak. 

5. Dah siap untuk belimbing hitam, masukkan ke dalam sambal yang kita masak tadi. Kacau hingga belimbing hancur dan rata. 

6. Tips untuk ikan bilis garing, masukkan selepas sambal yang kita buat tadi sejuk. Gaul hingga betul-betul rata. Pastikan rasa masam, manis, masin semua cukup. 

7. Tara.....Siap sambal hitam Koi.. Terpotong sikit gambar tu..Hahahahah..

Sambal hitam ni Lynn buat nak buat bekal pergi DUBAI nanti. Memang tahan la. Sebab masak pun lama san betul-betul kering. Entah sempat ke tidak nak bawak ke DUBAI..Hahaha~~~

Ok, korang boleh cuba ya..Jangan lupa..Makan dengan nasi panas-panas memang superb! Suami Lynn siap tanya ni beli yang dah siap ke masak sendiri...hahahaha~~




Comments