TIPS IBU BERSALIN - KOS BERSALIN DI HOSPITAL PANTAI

Alhamdulillah, setelah masuk lebih 39 minggu  pregnant, 31.01.2019 Lynn selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.3 kg di Hospital Pantai Batu Pahat.


Ramai terkejut sebenarnya, macam mana Lynn boleh bersalin sampai Batu Pahat? Memang dah plan ke? 

Sebenarnya plan nak bersalin dekat Hospital Segamat. Sebabnya hospital dekat je dengan rumah. Jalan kaki pun sampai. Sebabnya anak-anak pun sekolah. Jadi Lynn fikir mudah urusan suami juga. Nak ulang alik hospital dan uruskan anak.

27.01.2019 
Dari pukul 3.00 pagi baby dalam perut mengeras. Layankan je. Lelap kejap-kejap kemudian terjaga. Esok paginya lepas hantar anak sekolah, Lynn terus ajak suami ke hospital. Sampai hospital terus ke labor room. 

Allahuakhbar, berdebarnya rasa.  Setelah 9 tahun, sekali lagi jejakkan kaki kesini. Fuhh! Gila tak berdebar..Masa sampai tu ramai doc pelatih tengah dengar taklimat oleh doc pakar dalam bilik depan sekali. Lagi la goyang. Tengok nurse keluar masuk, doktor lelaki pun ada.. Dalam hati, berfikir baik..Mungkin doktor lelaki tak buat, doktor perempuan sahaja.

Nurse suruh tukar baju dan baring untuk check jalan. Masa check jalan ni, doktor india (pelatih) yang check. Dia kata baru 1cm. Lambat lagi nak beranak. Lynn redha! Sebab sejarah sebelum ni, dua orang hero Lynn tu memang jalan tak buka. Kena induce. Sebab sampai sudah 1cm je..

Lepas buat semua proses, dan TIGA kali doctor berlainan check jalan, Lynn disuruh balik dan tunggu lagi tujuh hari. Hati dah mula sedih. Bukan sebab excited nak beranak. Lynn teringat masa anak sulung dulu, bila overdue, anak dah berak dalam perut sampai kena tahan dua minggu di hospital. Ibu mana yang tak risaukan. 

Bukan nyawa kita yang kita fikirkan, nyawa baby dalam kandungan. Jadi Lynn balik dengan suami dalam keadaan pasrah. Suami suruh Lynn berehat. Jangan stress. Jangan fikir sangat sakit..(Memang sakit la, kalau tak fikir pun, sebab sakit nak beranak kan...😆)

Sambil berehat tu, Lynn survey kos beranak dekat hospital swasta. Sebabnya dah sakit sangat memang tak boleh tunggu. Sakit  sampai berpeluh walaupun dalam air-cond. Tanda semua tak keluar. Pelik sikit pregnant kali ni. 

Ada yang suggest Hospital Andorra.Hospital yang memang khas untuk ibu dan baby. Tapi jauh sangat pulak rasa. Pakej untuk swasta memang murah. Rujuk PAKEJ BERSALIN ANDORRA. Dalam hati ni masih berat lagi nak ke hospital swasta. Entahlah, bukan sebab duit, sebab fikirkan anak Lynn, si bujang dua orang ni nak kena tinggal.

30.01.2019
Lynn fikir dan pertimbangkan sampai dalam bilik air pun fikir, Lynn nekad nak ke hospital pantai. Dah survey harga semua..Lynn ajak suami ke Hospital Pantai Melaka. Dia kata ok, tapi anak nanti ic tak johor la.. Dengan sebab tu kami pilih ke Batu Pahat. Doktor pun Lynn dah survey. Nasib baik ada doktor perempuan. Sebelum pergi Lynn call siap-siap and explain untuk datang dapatkan nasihat semua. Lynn tak pernah check up dekat hospital pantai batu pahat, jadi memang kena call dulu untuk dapatkan nasihat dan make sure doktor yang kita nak tu ada.

Lynn pilih Dr. Lau Yean Chin. Doktor Pakar O&G. 

Sampai hospital, Lynn register untuk temujanji klinik. Kebetulan sampai time rehat. Jadi dalam kepala mesti time orang tengah rehat ni. Kena tunggu la gamaknya. Tapi, bila dah register, Lynn dan suami disuruh tunggu depan Klinik Dr. Lau. Assistant dia siap tunggu kami dah. Lynn bagi buku merah dan nurse terus bawa kami ke bilik bersalin di tingkat 2. 

Memang selesa sangat, terasa contra masa Lynn masuk bilik bersalin di hospital sebelum tu. Keadaan dia teramatlah tenangnya. Lynn masuk ke bilik yang disediakan, and nurse buka tv (astro pun ada) dan suruh berehat sementara doktor sampai suami di suruh buat pendaftaran.

Bila doktor sampai, doktor tanya beberapa soalan dan bagi pilihan, nak operate atau nak induce?

Actually, memang dah decide dari awal pregnant, Lynn nak bersalin normal. Tak nak operate. Jadi terus nekad kata induce. Doktor explain la risiko-risiko induce ni. Sebab tak semua yang induce berjaya bersalin normal. Sebab ada juga yang induce jalan masih tak buka dan perlu operate. Lynn kata tak pa. Kita try induce. (Punyalah degil..hahaha~~)

Apa yang Lynn suka, doktor ni confident kata "Malam ni you akan bersalin, jangan risau..."

Lega rasa..

Doktor pun mula check jalan. Masih 1cm. Tak ada progress pun sama macam masa Lynn check dekat hospital hari tu.Jadi doktor maklumkan nak induce. Lynn ok je...Lepas doktor consult, Lynn dengan suami disuruh tunggu. Nurse datang. Lynn tya nurse,

"Pukul berapa doktor nak induce?"

Nurse jawab

"Dah induce puan, tadi..."

"Eh? Bila?" Sudah, doktor masuk ubat induce pun tak sedar. 😅Rupanya masa check tu doktor dah induce. Dalam pukul 3.00 petang masa tu.

So, dipendekkan cerita pukul 1.30 pagi lynn bersalin. Lepas bersalin tu suami disuruh ke kaunter bawah semula untuk buat pendaftaran baby pula nak masuk wad. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan sangat lancar.

Tuhan je yang tahu..Betapa leganya. Lebih lega lagi bila tengok Lynn dapat baby girl. Syukur sangat-sangat.

Esoknya kami dah boleh balik. Sehari jela dekat wad.

Lynn share dekat sini KOS BERSALIN DI HOSPITAL PANTAI
Kos bersalin 

Pendaftaran - RM1500
Caj Hospital - RM 1795.70 (Ini termasuk bilik. Lynn ambil bilik Deluxe.Sebab suami boleh tunggu sekali. Harga bilik RM 255)
Caj Doktor- RM 2810

JUMLAH = RM 4605.70 (Nanti bayar balance je..tolak yuran pendaftaran) 

Info penting: Nurse akan tanya kita banyak kali tau nak panggil doc atau tak...sebab setiap kali doc datang bila kita panggil, kita akan di charge. Jadi, pandai2 la ya set timing untuk betul2 suruh doc datang..Kalau rasa belum lagi tu, panggil nurse je.. Layanan nurse pun 1st class..Jangan risau..semua professional...

Selepas bersalin, nurse akan suruh suami turun ke kaunter semula untuk uruskan anak masuk ke wad. Jadi anak pun ada caj lain.

Kos Anak 

Pendaftaran-RM 500
Caj Hospital  - RM793.33
Caj Doktor - RM445.00

JUMLAH = RM 1238.33 (Sama juga, masa nak keluar nanti bayar balance je, tolak yuran pendaftaran)

Jadi total untuk ibu dan anak RM5844.03. 

Alhamdulillah, selesai dah semuanya. Sekarang baby pun dah 44 hari. Esok merdeka. Macam-macam dugaan ada datang sepanjang tempoh pregnant sampailah nak bersalin. Jadi kenangan manis untuk saya dan suami. 

Memang tak terfikir pun nak ke hospital swasta, sebab perancangan awalnya kami nak ke hospital gov. Tapi allah dah tentukan jalannya. Kami follow je.. 

Nasihat Lynn, sediakan tabung kewangan yang mencukupi untuk back up sekiranya ada perkara yang tak dapat dielakkan. Kadang-kadang kita tak merancang. Semuanya perlu untuk keselamatan anak dan ibu. Lynn pun bukanlah kaya. Dua orang anak sebelum ni pun bersalin di kerajaan. Jadi dah tentulah suasananya pun berbeza. 

Oklah...nak maghrib dah...hope info ni dapat jadi rujukan untuk korang ya. Sediakan payung sebelum hujan..☔☔

Comments