TEMPAT MENARIK UNTUK DI LAWATI DI DUBAI

DUBAI merupakan sebuah KOTA METROPOLITAN yang sedang berkembang pesat di UNITED EMIRATES ARAB

Bangunan-bangunan modern dan canggih memang kita tak akan temui di kota lain. Selain senibina yang menarik ada satu FAKTA yang menarik kawan-kawan perlu tahu..

KALAU KITA BIASA PERGI ATM UNTUK KELUARKAN DUIT, DI DUBAI BUKAN SETAKAT ADA ATM YANG KELUARKAN DUIT, DEKAT SANA KITA AKA JUMPA ATM YANG MENGELUARKAN EMAS! 

Woww sangat-sangat kan? Mana tidaknya, kalau bershopping dekat DUBAI tu dah kira world class shopping..

Lynn share tempat-tempat yang WAJIB kita kunjungi kalau dekat DUBAI ya..

1) DUBAI MALL AND AQUARIUM 
Kalau dah namanya syurga shopping, dah tentulah mesti ada mall kan? Jadi jangan lepaskan peluang kunjungi mall ni. Bershopping sambil tengok ikan lebih 30000 ikan termasuk hampir 400 ikan paus.

 ikhsan :GOOGLE
ikhsan :GOOGLE
2) BURJ KHALIFA 
Pernah tengok tak cerita Fast And Furious 7? Aksi masa Dominic Toretto (Vin Diesel) dengan Brian O'Coner (Paul Walker) terjun tiga bangunan naik kereta mewah.Itu la bangunan dia. Korang pergi nanti jangan pulak pergi terjun tau. Bangunan ni mercu tanda Abu Dhabi. Kalau korang semua tak pergi sini makanya belum sampai DUBAI la. Hahahaha~~~


Info Burj Khalifa 
i) Di bina oleh perusahaan terkenal korea Selatan iaitu Samsung Engineering And Construction.
ii)Diambil dari sempena nama Syeikh Khalifa, orang yang menyalamatkan dan menyelesaikan hutang DUBAI.Kalau tak bangunan ni nak di beri nama Burj Dubai (Macam tak kena je??hahaha~~~) So tukar nama jadi Burj Khalifa. 
iii)Burj Khalifa masih boleh dilihat dari jarak 90KM.

3) DUBAI MARINA
Terdapat banyak kediaman, hotel dan pusat membeli belah disini.Ada beratus-ratus kapal yang diletakkan disini. Untuk merasai dan menikmati keindahan DUBAI sambil menimati makan malam, ia akan bermula dari DUBAI MARINA.Anda akan belayar menaiki Dhow Cruise.  Perjalanan akan ambil masa dalam tempoh 40 minit perjalanan.

4) PANTAI KITE @ KITE BEACH
Para penggemar aktiviti luar, boleh beriadah di pantai Kite. Banyak fasiliti disediakan termasuk track jogging dan gym untuk kegunaan awam. Setiap track jogging di lengkapi dangan jarak. Untuk yang gemar lakukan aktiviti pantai, jangan lepaskan peluang. 

5) GOLD SOUQ DAN SPICE SOUQ



Gold Souk terletak di Diera. Diera memang terkenal sebagai tempat menjual emas. Tempat ni memang wajib untuk dilawati walaupun kita tak nak beli emas. Terdapat banyak emas tulen yang dijual disini. 

Spice Souk hanya terletak beberapa meter sahaja dari Gold Souq. Kalau rasa tak mampu beli emas, kita boleh beli rempah. Bawak balik Malaysia. heheheeh~~

6) MASJID SHEIKH ZAYED 
Masjid terbesar di Dubai. Jangan lupa pakai cermin mata hitam masa melawat masjid ni. Kilauan Putih akan memantul dari panahan matahari membuatkan masjid ini berkilauan. Subhanallah..

Karpet yang digunakan dalam masjid ini juga adalah karpet yang terbesar di dunia.Masjid ini siap sepenuhnya tahun 2007.

Chandelier yang digunakan juga adalah yang diimport dari German yang menggunakan sepenuhnya batu Swarovski Kristal. 

Selain itu, tiang-tiang masjid yang dibina juga menggunakan mutiara asli dan marmar berkualiti tinggi. (Kalau dekat sini dah kena umpil agaknya..huhuhu~~) 

7) HYATT CAPITAL GATE  
Salah satu mercu tanda di Abu Dhabi dan merupakan pusat tumpuan perniagaan utama. Puncak menara merupakan ikonik untuk Capital Gate yang dikenali sebagai 'The World Longest Tower'. Capital Gate juga merupakan sebuah hotel yang bersebalahan dengan Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi (ADNEC), tempat persidangan dan pameran terbesar di rantau ini dan dalam jarak berjalan kaki dari daerah Kedutaan Besar UAE, dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Masjid Agung Sheikh Zayed dan Zayed Sports City hanya lima minit dari hotel.

Selain itu terdapat juga restaurant mewah 18darjah. Anda boleh makan sambil menikmati keindahan Abu Dhabi. 

7) SALT BAE-NUSR ET ABU DHABI


Kenal dengan mamat ni? Salt Bae dia memang terkenal dan nama restaurant Nusr-Et Steakhouse. Restaurant yang menyediakan steak dan terletak di Four Season Hotel.Rasa korang berapa RM harga steak dia ni? hahahaha~~~

Lynn tak pernah pergi pun Dubai ni. Tapi saja cari bahan untuk muat naik dalam BLOG. Manalah tahu di izinkanNya. Dapatlah pergi sini. Lynn akan update lagi tempat-tempat menarik seluruh dunia. Baca pun dah jadikan kita happy, agak-agak macam mana agaknya kalau dapat ke sana? Weeee~~~~

* Semua gambar yang dimuat naik adalah ikhsan dari carian GOOGLE.Sekadar untuk berkongsi. 
* Info-info location juga diambil dari carian GOOGLE. 

Comments