MORNING SICKNESS - TIPS UNTUK IBU-IBU HAMIL

Hi semua..

Lama betul tak meng'update' blog. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan mengizinkan. 
Actually yang malas sangat nak menaip di sebabkan lin pregnant sebelum ni. Morning Sickness yang teruk awal 6 bulan pertama. "Ayam" jadi musuh ketat. Tak boleh bau lansung. Apa lagi Lynn nak makan masuk mulut. 

Kejadian ni sama masa pregnant anak yang sulung. Sampai habis pregnant x nak lansung makan ayam. 😓, Masa ni makan ikan je..daging pun kurang nak..

Penyudahnya..anak sulung sekarang Muhammad Danish Hfiy asyik la nak makan ayam. Fobia pulak dengan ikan. Maybe banyak sangat makan ikan masa dalam perut..Hahaha~~~

So masa tengah Morning Sickness  , memang la rasa tak selesa sangat. Kita punya emosi pun akan effect jugak. Streessss! 

Kalau ikut kan perkataan 'Morning' tu pagi je la kena. Ini tidak. Tengah hari, petang, malam pun tak terkecuali. Kalau dia nak datang.. Sebenarnya kan..tak perlu stress pun para ibu-ibu..Bila semuanya dah selamat, and anak-anak dah besar, kita akan rindui saat ni..Tengok orang pregnant kita akan teringat masa kita pregnant dulu..Jadi kenangan manis pulak kan? 

Perubahan hormon dalam badan kita biasalah..Tubuh badan kita nak membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. 

Gambar : Ikhsan Google

Kalau Morning Sickness yang di alami ibu mengandung itu NORMAL ia boleh diatas hanya di rumah. Kita boleh atasi Morning Sickness ini untuk elakkan dari aktiviti harian kita terganggu.Cara untuk atasinya ;- 
  • Berehat Dengan Cukup - Kurangkan aktiviti yang membuatkan ibu letih sebab ia akan menyebabkan Morning Sickness akan bertambah teruk.
  • Ketika bangun pagi, elakkan terus bangun. Duduk sebentar dan minum air putih yang cukup dan cuba makan sedikit roti atau biskut. Begitu juga kalau ibu ada mengalami simptom bangun malam atau susah hendak tidur. 
  • Kurangkan makan makan yang panas-panas atau yang baru sahaja lepas di masak. Kerana bau aroma makanan akan membuatkan ibu menjadi mual, lebih-lebih lagi dengan makanan yang ibu alah. ~~Macam Lynn sudah tentu ayam..
  • Makan makanan yang tinggi protien dan mudah di cerna - Contoh Keju, Cracker, Susu, Yogurt, Susu, Kekacang, buah-buahan. 
  • Makanan masam juga membantu untuk kurangkan rasa mual- Contoh Limau, mangga. 
  • Ibu boleh menjalani exercise ringan contohnya berjalan-jalan di waktu pagi untuk dapatkan udara segar, atau nak lebih segarkan mata, jalan dalam shopping mall..😆😆
  • Pastikan pengudaraan di dalam rumah kita juga baik. Buka pintu atau tingkap supaya aliran udara dapat masuk dan membuatkan kita rasa selesa. 
  • Jangan MEROKOK dan jauhi asap rokok.Ia juga demi kepentingan janin dalam kandungan. 
  • Dapatkan saranan doctor untuk dapatkan supplement. Banyak dalam pasaran sekarang SUPPLEMENT dari produk-produk tempatan. Kalau boleh dapatkan dulu nasihat doctor sebelum mengambil sebarang produk kesihatan. 
  • MINDA kita juga mempengaruhi Morning Sickness. Jangan anggap ini adalah sesuatu yang menyusahkan. Enjoy sepanjang trimester. Banyak lakukan aktiviti yang ringan dan membuatkan kita tidak memikirkan sangat tentang apa yang sedang kita alami. Kerana ia akan semakin berkurang sehingga kandungan kita membesar.
Secara normal, bila kandungan kita mencapai 12 Minggu. Ada juga yang alami sampai usia kandungan 6 bulan malah sampai habis mengandung pun ada. Lynn alah pada ayam sampai habis mengandung. Memang seksa, sebab banyak masakan sekarang based ayam. Jadi susah juga nak pilih makanan. Sebab ada bercampur sikit pun muntah dan pening yang teruk.

Ada juga sebahagian ibu yang akan mengalami Morning Sickness yang extreme atau dikenali sebagai Hipermesis Gravidarum (HG)

Simptom HG ni para ibu lansung tak boleh makan dan minum. Masuk makanan je muntah, minum pun muntah. Muntah yang teruk hingga lebih 50 kali sehari. Bayangkan macam mana mereka hadapi kalau alami hingga melahirkan anak? 38 minggu mereka nak hadapi situasi ini akan menyebabkan penurunan berat badan dan dehidrasi yang boleh mendatangkan bahaya pada ibu dan janin. 

Kalau ibu-ibi mengalami simptom HG segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat yang lebih pakar. Kalau boleh elakkan berjumpa dengan 'pakar bidan terjun' yang akan beri nasihat pada kita supaya urut, minum air itu, minum air ini...ELAKKAN! 

Ok la..Harap tips-tips diatas dapat membantu para ibu yang sedang hamil ya.. Lynn nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan sebab bakal menjadi ibu dan bapa..

Next post lin akan share pengalaman lin bersalin ya...harap dapat membantu ibu-ibu membuat persiapan untuk delivery nanti..😘

Comments