PERCUTIAN KE KOREA - 40TH ANNIVERSARY CUCKOO PART 3

Hari ke-3 di KOREA bermakna hari ke-4 trip CUCKOO #COMINGHOME2018

Superspecial hari ni sebab kami diberi peluang untuk membuat lawatan ke Kilang CUCKOO di Ansan. 

Superexcited! Sebab ada orang kata CUCKOO ni dari China. Hurmmmmmm! Cepat je berita fitnah tersebar kan? Cuckoo dah 40 tahun di KOREA. Jenama NO.1 di KOREA. Boleh katakan setiap rumah di KOREA ada produk CUCKOO. Sebab dekat sana bukan sahaja ada penapis air, penapis udara. Tapi ada periuk nasi, kerusi urut, tilam, water heater dan produk eletrik yang lain. 

Kami di bawa dari bahagian pembuatan filter hinggalah proses produk CUCKOO selesai termasuk bahagian Quality Check.  Kebetulan masa pergi, kilang tengah buat model ICON. Memang menakjubkan. Pekerja tak ramai pun. Tapi Beyond Technology! Setiap hari mampu menghasilkan lebih 10K. 

Dalam perjalanan lalu Sungai Han. Memang cantik. Macam dalam cerita korea. Hahahahaha...
Dah sampai! Yeay....Excited Lynn nak masuk. Nak tengok sendiri macam mana CUCKOO di buat. Masuk kedalam kami diberi taklimat. Mengenai produk dan kamu di beri peluang masuk ke bahagian operasi.











Bestnya juga hari tu kami dapatlah merasa suasana makan di kantin kilang. Kena ikut adab tau. Beratur. Kami di pecah pada dua. Halal dan Tak Halal. 



Apamacam? Ada berani nak makan? Hahahahaha.. Layan jer....Dah memang makanan dia dekat sini macam ni kan. So we just follow...ngeeee~~~~



Sekejap jer masa berlalu. Sekarang masa nak bertolak meninggalkan kilang. Dari kilang kami bertolak ke Sejongno. Kali ni kita nak melawat Blue House. Kira macam pejabat perdana menteri dia orang la. Memang ramai orang dekat sini. Macam-macam ada. Termasuk tunjuk perasaan.  Dekat sini sistem trafik light manual. Ada orang kontrol melalui pos di tengah-tengah jalan. 


                                                   Pos biru tu tempat kontrol traffic light 



                        Tunjuk perasaan di jalankan. Dekat tengah-tengah jalan besar pun ada. 


Tengok dari jauh je la....






Ni polis-polis di korea. Kita Selfie je...Hahahaaha~~~~





Oklah...Dah sejam kita ronda-ronda dekat sini. ..Next station plak....Kita pergi shopping lagi....Kali ni kita bergerak ke Cheonggyecheon. 

Lynn tak ronda-ronda. Penat. Tempat ni besar. Jadi lepak-lepak je....


Lepas ni kita sekali lagi makan di restaurant hari pertama. Hibiscus Asian Restaurant. Selesai makan malam, kami bergerak balik ke hotel. Memang memenatkan tapi seronok. Banyak pengalaman baru.





Comments