USAHAWAN BERJAYA DI SEGAMAT
Bila sebut SEGAMAT, ada yang kata ;-
π
Ishhhhh, dekat mana tu?
π
Jauhnya?
π
Ada apa dekat sana? Macam ceruk jer tempat dia?
Ha, jangan tak tahu..Memang SEGAMAT tak lah segah Kota-kota besar. Tapi jangan tak tahu SEGAMAT banyak daya tarikan. Antaranya ;-
πPENJURU tiga negeri - Johor, Pahang, Negeri Sembilan
πDURIAN Segamat memang sedap!
πAIR TERJUN GUNUNG LEDANG / BEKOK / TAKA MELOR / JERAM TINGGI memang tempat mandi manda yang best!
πIKAN BAUNG Kalau Temerloh terkenal dengan ikan patin, di SEGAMAT memang terkenal dengan ikan baung dan udang galah. Memang sesiapa tak pernah rasa WAJIB rasa.
Selain daripada makan dan lokasi yang menarik, anda semua mesti tak tahu yang ramai usahawan-USAHAWAN berjaya dari SEGAMAT.
1. JAKEL
Diasaskan oleh Mohamed Jakel Bin Ahmad pada 1985. Pada asalnya perniagaan beliau secara kecil-kecilan sahaja dengan menjual tikar getah, karpet, dan langsir. Namun kini siapa sangka Jakel merupakan peneraju utama dalam industri tekstil Malaysia. Dengan melihat potensi besar pembukaan tanah-tanah rancangan di sekitar Segamat dan Pahang, Jakel mengembangkan lagi perniagaannya dengan menambah fabrik pula. Selepas pemergian pengasasnya, perniagaan ini diambil alih oleh anak sulung beliau Mohamed Feroz Bin Jakel dan adik beradiknya yang lain. Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi akauntan dan doktor demi memenuhi hasrat bapanya untuk menguruskan perniagaan mereka. Pada tahun 1998 Jakel telah mengambil langkah berani dengan membeli panggung REX di Segamat yang bernilai 1.6 Juta dari Shaw Brothers untuk dijadikan gudang dan kemudiannya di robohkan pada tahun 2002 untuk menjadikan tempat tersebut sebagai gudang jualan khusus untuk pelanggan-pelanggan setianya. Kini SEGAMAT juga terkenal sebagai "syurga kain".
KINI JAKEL MALL DI KUALA LUMPUR
2. Mejar (K) David Teo
Usahawan terkenal dilahirkan pada 1 Ogos 1964 di Pekan Jabi, Segamat, Johor. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth yang mempunyai banyak anak syarikat syarikat antaranya MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios. MIG Pictures di bawah kendalian beliau telah menghasilkan lebih dari 100 Judul Filem semenjak tahun 2002
3. NOVA BABYLON
Nova Babylon Sdn Bhd sebuah syarikat yang terlibat secara lansung dalam projek ternakan, pengkilangan dan pemasaran hasil hiliran LEBAH KELULUT (Trigona). Menawarkan usaha sama dengan dengan pengedar-pengedar untuk mencipta aset dan pendapatan pasif berterusan dari tahun ke tahun.
Produk-produk di proses sendiri di Syarikat Anugerah Alam Manufacturing Sdn Bhd untuk memastikan produk dijamin halal dan berkualiti.
Syarikat Juga mempunyai ladang ternakan kelulut untuk menghasilkan madu kelulut yang berkualiti di Tasek Alai, Segamat, Johor. Nova Holistic Organic Trigona Farm menternak lebah secara komersial dan menjual hasil ternakan lebah kelulut dan madu serta propolis. Jika anda melawat ladang lebah di sini anda juga boleh menikmati makanan dan sajian yang sedap di Ngopi Cafe yang juga milik syarikat Nova Babylon.
4. SERAI MAS HERB
Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 diinspirasikan oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat Puan Sunita Bibi Binti Ali Akhbar. Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam produk kesihatan dan kecantikan berpusat di LABIS, SEGAMAT. Bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb juga mengeluarkan produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita. Selain itu juga serai Mas Herb terkenal dengan produk seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas untuk ibu-ibu bersalin.
5. EFFENZEE RICH SDN BHD.
Effenzee Myracle Lotion merupakan produk utama keluaran syarikat Effenzee Rich Sdb. Bhd. Pengasanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Effenzee, Zuriati Mohd Jadi merupakan anak jati Segamat. Berkat kecekalan dan juga semangat yang tinggi kini produk pelansingan tubuh badan ini semakin dikenali dan juga telah menerima tempahan daripada pengguna daripada beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Arab Saudi, Jepun dan Sepanyol.
Comments
Post a Comment