TIPS & SHARING : MACAM MANA NAK BUAT AYAT YANG MEMUKAU DI FACEBOOK DAN CLOSED DENGAN CUSTOMER

Zaman semakin canggih. Sekarang ni banyak yang buat marketing melalui Facebook untuk jana pendapatan.

Ada juga yang buat FACEBOOK dan INSTAGRAM sebagai platform untuk mencari pendapatan tambahan. 

BAGUS! Lynn pun salah seorang daripada mereka. 

Dari kita sharing tentang artis, begaduh tak tentu pasal pasal pasal artis , luah perasaan bergaduh laki bini, tak puas hati dengan orang ada baiknya kita fikir macam mana nak tambah INCOME kita. 

Ingat, FB tu melambangkan imej kita sebagai PENIAGA. Jadi soal privasi, peribadi tak usah dikongsi  banyak-banyak. Nanti orang tak suka. 

Lynn share sikit ya tips....Nak follow boleh follow... 

1. AUDIENS 
Kalau tak ada audiens macam mana kita nak menjual kan? Jadi tips yang lynn nak bagikan dekat sini 

1.Select siapa yang kita nak jadikan friends di media sosial kita. Sebab pemilihan yang tepat akan membantu pertingkatkan jualan kita. 
2. Jangan buang masa kita add orang pelik-pelik. Sebab di FB ada friends limit. Jadi akan membuang KUOTA friends nanti. 
3. KHAS kan FB dan IG. Kalau rasa nak buat personal FB utk kita post pasal privasi tak nak orang luar tengok ada baiknya kita buat yang lain. Atau untuk perniagaan kita buat PAGE FB. disini dapat membantu kita untuk bina audiens sendiri. 


Ini page facebook lynn. 


ni lynn punya facebook. Kalau tengok totally lynn perkenalkan diri sebagai trusted agen CUCKOO untuk yakinkan pelanggan. 

Tak guna kita susah-susah fikir pasal copywriting tapi tak datangkan hasil kerana target audiens kita salah. 


2. GAMBAR 

Saya suka mengarang ayat jer...tak suka nak upload gambar. Kuota internet cepat habis nanti! 

Ada tak yang menteliti macam ni? 

Nak tahu tak yang iklan-iklan kita banyak dipengaruhi dengan gambar-gambar kerana dengan gambar akan menarik First Impression audiens terhadap iklan kita. 

Pemilihan gambar yang menarik dan sesuai akan menarik minat audiens untuk klik dan like pada gambar tersebut. Dari audiens nak scroll laju-laju bila tengok gambar kita dia orang akan stop dan membaca dulu kita punya newsfeed dan menteliti satu persatu apa yang kita cuba sampaikan. Secara tak lansung mengarahkan tumpuan mereka terhadap produk kita. 

Gambar testimoni penting untuk trusted. Jangan lupa! 

Sentiasa upload mengenai promosi. 
Gambar-gambar menarik yang seteru dengan keadaan semasa. Ni dekat nak Christmas..hihih

3. COPYWRITING 

 Ausiens dah ada, gambar dah cantik tak kan nak biarkan iklan tergantung sepi kan?Jadi di sini kena pandai pula dalam teknik copywriting. Pada lynn tak panjang tak apa, janji padat dan memberi kesan kepada pelanggan kita. Sebab copywriting ni memang penting tau, dia akan tentukan respons dan tindakan pembaca. 

Kalau kita pandai dalam HEADLINE dan dapat menjentik tangkai hati audiens kita untuk membeli memang POWER! Customer tak baca dah ayat kita panjang-panjang tu, memang comfirm terus zassssss pm. 

Dalam Copywriting mesti ada tiga perkara iaitu intro, F.A.B dan offer.  Orang tak baca copywriting kita taip macam novel. Sebab tu lynn kata perlu ringkas dan orang senang nak faham. Yang penting dapat menyentap emosi pengguna dan beri impak positif kepada mereka. 

Apa nak tulis tajuk ek dalam copywriting tu? 

Helllloooo, hellloooo, hellloooo....Kita bukan buat novel untuk jadikan drama siap nak fikir tajuk..kita nak publish iklan.. Apa yang penting HEADLINE. HEADLINE kena power! Kita fikirkan masalah yang biasa dihadapai pelanggan untuk cuba kuasai emosi mereka. 


Sebab tu testimoni penting. Sebab daripada testimoni juga akan wujudkan keinginan pembeli untuk mencuba. Tak perlu kita buat terlampau formal apa yang penting kena step-by-step supaya nampak kemas dan senang di baca. Kalau lynn pun lynn tak suka nak baca panjang-panjang. 

Lagi satu, penulisan kita tu janganlah ala-ala budak we-chat ya.. contoh : 

Askum, hi gaisssshhhhhhh! 
Nak agi taw ite nax bg promo pd u ollsssss cume......
(Ni contoh ye....Lynn tulis pendek pun dah lemas rasa nak baca ayat ni...hahahaha..) 

Ini contoh yang yang ada di page FB lynn..


Sesiapa nak follow boleh follow lynn di

 FACEBOOK 
haslina cuckoo 
cuckoo online branch 

INSTAGRAM 
haslina.cuckoo 
cuckoo online branch 

Actually lynn banyak belajar dalam buku JAMAL SIFUFBADS juga. Dalam buku ni memang complete tentang macam mana kita nak belajar buat ayat. Sebab Lynn ni bermula dari 0.Jadi suami NASIR CUCKOO belikan Lynn buku-buku macam ni untuk baca. Jadilah kan. Nak belajar kena ada guru. 

Post ni tak memukau pun kan...Biasa jer macam sharing di mana-mana. Tapi tajuk tu memukau kan? Sebab tu korang baca....😁


Comments

Post a Comment