ISU SEMASA | KEMALANGAN BASIKAL MELIBATKAN LAPAN REMAJA MAUT DI JOHOR BAHRU

Baru hari ini saya berkesempatan nak menulis sedikit tentang kemalangan maut yang menimpa lapan orang remaja dan dua lagi dikatakan kritikal yang menggemparkan negara pada 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. 

Mangsa berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun dikatakan menunggang basikal sekitar Johor Bahru sebelum dirempuh pada jam 3.00 pagi. 

Allahuakhbar...Saat kita sedang lena, anak-anak kita berkeliaran diluar, lansung kita tak tahu. Dalam isu ini saya lihat pelbagai isu yang dibangkitkan nitizen termasuk luahan anggota polis yang menyatakan bahawa mereka yang menunggang bukan sekadar dari Johor Bahru, malah dari Kota Tinggi, Pasir Gudang, Plentong,Pasir Putih, Masai, Kempas, Skudai dan Tiram juga ada. Sudah berapa kali ditegur pihak berkuasa, tapi anak-anak sekarang ini lain acuannya. Tiada apa yang mereka takutkan. Sebab itulah ditengah malam mereka berani berkeliaran diluar sana. 

Saya kagum, mampu berbasikal jauh-jauh..Tapi apakan daya, malang tak berbau..Dengan satu kemalangan, lapan nyawa diragut sekelip mata. Allah Taala maha mengetahui. Siapalah kita nak menyalahkan pihak itu dan pihak ini.Menunding jari. Masing-masing sudah berusaha keras dengan peranan mereka. 

Apa yang boleh dikatakan pada masyarakat dan diri saya sendiri :-

Peranan Ibu Bapa : 

->Jadikan kisah ini sebagai pengajaran kita. Pastikan kita mengawasi anak-anak walau sesibuk mana kita. Luangkan masa bersama mereka. Sebenarnya mereka lebih perlukan perhatian dari dilimpahi dengan kemewahan. Peranan kita sebagai ibu bapa bukan sahaja sekadar ibu bapa, juga sebagai sahabat mereka. Manjakan mereka dengan kasih sayang, bukan dengan kemewahan. 

->Kadang-kadang pada usia ini, ibu bapa berpendapat anak-anak ini tidak perlu diawasi. Cukup makan, cukup pakai sudah memadai. Mereka tahu menjaga diri. Namun ingatlah, anak-anak amanah Allah, kita harus menjaga hingga ke hujung nyawa kita. Bukan setakat umur mereka baligh sahaja. Allah berfirman : 

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” (Qs. Ali Imron: 14)


Peranan Masyarakat
-> Saya percaya, tiada siapa pun dalam dunia ini mengharapkan malapetaka menimpa, begitu juga dengan ibu bapa mangsa. Jadi berhentilah menyalahkan mereka. Terus memberi semangat pada keluarga mangsa bukan mengecam mereka. 

-> Di dalam dunia ini, jangan sesekali menyalahkan takdir, kerana takdir boleh datang pada sesiapa sahaja. Bersyukurlah bukan pada kita, namun berdoalah yang terbaik andai sebaiknya. 

-> Masyarakat jangan terlalu menunding jari, keluarga mangsa sudah cukup terseksa. Jalan ini bukan pilihan mereka, juga bukan pilihan mangsa. 

-> Anak-anak semua yang sedang meningkat remaja, sedarilah, ibu bapa kita sudah berusaha kuat untuk kita. Jika kita tak boleh membuatkan mereka bangga, cubalah untuk membuatkan mereka berasa lega. Lega dengan melihat kita membesar dan sihat di hadapan mata. Saat kita keluar rumah, tak ada ibu bapa pun yang tidak risau tentang anak-anak mereka. Hatta ketika mereka disekolah pun ibu bapa akan fikir apa yang mereka belajar, apa yang mereka makan, apa yang mereka buat. Jadi berhentilah membuat mereka runsing dan gelisah. 

->Jangan lah sesekali kita bercakap perkara buruk. Sebab apa yang kita katakan itu adalah doa. "Padan muka", "Esok kalau dah kena..." , "Kalau kena, padan muka.."..Bayangkanlah yang melihat mereka ini sejak dahulu doa begini..Allah kata 44 orang yang berkata dia akan termakbul, jadi selepas ini kita doalah andai ada lagi mereka berhenti dan tidak lagi melakukan aktiviti ini. 

Peranan Pihak Berkuasa 

->Isu berbasikal di Johor Bahru, bukan baru. Dari dulu lagi memang ada. Malah zaman saya sedang menuntut di Politeknik Johor Bahru lagi ada. Mereka lebih berani dari motosikal kerana menunggang di tengah-tengah jalan di kota raya. Pihak berkuasa sudah puas memberi amaran, dan mengambil tindakan. Namun, tetap sama. Mungkin sudah masa, campur tangan dari pihak-pihak yang lain untuk memastikan tiada lagi aktiviti berbasikal ini ditengah malam. Mungkin menguatkuasakan saman untuk penunggang basikal di tengah malam tanpa kebenaran ? Baru-baru ini adik saya di saman JPJ. Menaiki motor tanpa roadtax. Adik saya seorang yang menunggang. Tetapi saman juga dikeluarkan kepada bapa saya. Kerana motor diatas nama dia. Kesalahan yang dikenakan empat. Hukuman sebanyak RM 150 (minimum) setiap satu kesalahan. Jadi saya yakin, adik saya tak akan menunggang lagi selepas ini selepas apa yang berlaku. Jadi boleh juga kita cuba. Untuk anak-anak kita. Walaupun nampak kejam, untuk aktiviti berbasikal yang ada permit sahaja dibenarkan. Cadangan sahaja. Lagipun memang berbahaya menunggang basikal di waktu malam. Undang-undang sebahagian dari penyelesaian. 

Akhir kata, kepada keluarga mangsa Takziah saya ucapkan. Semoga segalanya menjadi ikhtibar untuk kita yang masih hidup di dunia. Tulisan saya ini bukan hendak mengajar, sama sekali bukan untuk menegur, ini adalah lahir dari hati saya untuk bersama berkongsi rasa..Maafkan saya andai ada terkasar...



Ikhsan foto :Google 




Sumber : Youtube 

Comments