BUKU 99 KATA #QALIEFMODEN FATTAH AMIN


Ada yang kata kehadiran BUKU 99 KATA #QALIEFMODEN FATTAH AMIN mengganggu dunia buku. Malah ada rakan artis juga yang memuat naik twitter malam tadi 

 "Apa pencapaian ko nak tulis buku?Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yang ko ada bakat" 

Aku pun terkesan juga dengan kata-kata ni. Aku pun suka menulis. Memang aku tak ada pencapaian. Sebab kalau hantar minuskrip pun belum tentu syarikat penerbitan nak. Konsepnya mudah sahaja zaman sekarang ini. 

1. Kita ada bakat, penulisan kita bagus, kita confident buku yang kita tulis itu akan meletop di pasaran sebab target audience kita memang dah tak sabar-sabar nak beli...YES! Syarikat penerbitan akan berebut nak publish buku kau. 

2. Kita ada bakat, dah banyak minuskrip kita tulis, semua tentang ilmiah, novel.. Syarikat penerbitan publish, tapi buku suam-suam kuku jual sebab audience tak beli..percayalah...Sekali tu jer la buku kau akan dipasarkan. Selepas itu, silalah simpan minuskrip kau dalam almari. Sebabnya bakat tak menjanjikan apa-apa sekarang ini. 

3. Kes Fattah, dia tak pernah menulis..Tapi diberi tawaran untuk menulis, tentang diri dia, tentang kata-kata dia..Sebab apa? Sebab dia memang tengah trending sekarang ini. Mana-mana pun Fattah,LOFATTAH iklan-iklan pun muka Fattah, M&G sana sini dengan peminat. Jadi tak hairanlah publisher sanggup menerbitkan buku dia. Sebab apa? Dah tahu bukunya akan laku.Dia sudah ada target audience untuk buku tu.Mereka sudah tahu yang FATTAH akan mendatangkan keuntungan. 

Semua sekarang ni adalah tentang duit. Syarikat buku mana nak terbitkan buku kalau tak laku? Asahlah bakat macam nak gila pun, kalau tak mendatangkan keuntungan pada syarikat, jadi simpan sahajalah. Kita sibuk nak kecam, nak TROLL, nak menyalak seperti anjing menyalak bukit nak buat apa? Buku-buku FATTAH merata orang mencari. Nak tahu kenapa buku ni orang dok perkatakan sangat. FATTAH boleh senyum sahaja dengan kalian semua. 

Jika sesiapa ada dalam dunia penulisan, mereka akan tahu. Siapa target mereka untuk pembaca. Macam Fattah, dia tahu, peminatnya adalah anak-anak remaja. Jadi tak salah dia berkongsi kata-kata dengan cara dia sendiri. Aku terpandang yang dok viral sekarang ni part parking 'valet' dekat KLCC..kalau baca, mesti kita akan kata entah apa..Tapi positive la sikit, mungkin tersirat dari maksudnya itu, tak ada yang mustahil dalam hidup ni.."Orang kaya" mungkin ketawa, tapi bagi kami yang kelas pertengahan ni, kalau tercapai hajat tu, maksudnya dia sudah berjaya.So, memang Kalau kita rasa buku ni bukan standart kita, jangan baca. Kita carilah buku yang kena dengan jiwa kita. As long buku ini tidaklah mendatangkan kesan buruk pada masyarakat, mengganggu gugat keamanan negara, ajar benda-benda yang buruk yang mendatangkan huru hara, maka tak perlulah kita pertikaikannya. Itu cara dia mencari rezeki dan itu adalah jalan yang Allah Taala buka untuk rezekinya. 

Tak perlu nak menentang, tak perlu nak memukul canang, bukan setakat Fattah sahaja pernah dikecam, Hafiz Hamidon juga suatu saat pernah mengalami nasib yang sama. Tapi apa kesannya pada mereka? Buku-buku yang di bash, di kutuk, di kecam ini terjual beribu-ribu naskah banyaknya. Apa yang aku nampak, orang yang sabar itu tidak putus dengan ujian. Sebab apa? Sebabnya Allah Taala sentiasa mahu mereka dekat denganNya. MasyaAllah, betapa bertuahnya mereka. 

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ada manusia yang begitu busuk hatinya? Menilai manusia sekadar satu sudut sahaja. Mengecam tanpa fikir perasaan keluarga yang dikecam. Tapi bila kena pada kita, kita pandai pula pesan jangan nak kacau keluarga kita,..Tapi kita sendiri sibuk mengganggu keluarga orang lain. Ini yang kata, satu jari tunding ke arah orang lain, empat jari tunding diri sendiri. 

Tak ada manusia yang sempurna. Jadi janganlah kita yakin dengan duniawi yang kita ada. Allah Taala boleh tarik bila-bila masa. Kita kata orang taksub, maksum, tapi apa yang dapat dilihat sekarang ini kita yang tengah taksub, maksum nak memaki orang lain tanpa sebarang sebab. Kutuk apa yang orang lain buat.Sangat menyedihkan. Bila kita buka aib orang lain, ALLAH TAALA akan buka aib kita juga. Jadi, beringatlah. Walaupun kita berniat nak melindungi keluarga, saudara mara, tapi janganlah sampai membelakangkan hukum agama. Niat tak menghalalkan cara. 

Kita mengaku kita hebat..kita menghasilkan karya berkualiti, tapi tak ada impak pada masyarakat tak guna juga. Sebab apa?Tepuk dada tanyalah minda ya...bukan tepuk meja, taip di media...itu tak ada akal namanya. 

Aku tulis, sebab aku suka menulis. Aku bukan A.Samad Said, Bukan Zahiril Adzim, juga bukan Beto.Aku menulis sebab aku sedang mencuba untuk menceri rezeki aku. Jadi jangan kecam ya. Sekadar untuk rujukan aku nanti. Orang bijak pandai kata kena ada pencapaian. Jadi aku akan cuba menang mana-mana anugerah untuk mendapatkan pencapaian termasuk acara sukaneka sekolah anak aku. Mungkin? Hihihihihih...Jangan marah ya..Melawak sahaja. 


psssttt: Aku rasa nak cari buku ni la.Sebab dah viralkan? Jadi rugi kalau tak beli.Thanks ya pada nitizen yang berusaha keras mengecam dan mencemuh. Alhamdulillah, murah rezeki FATTAH. 


Comments