Teknik Perniagaan Internet Yang Ramai Tak Lakukan
Zaman sekarang memang ramai peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian ataupun dipanggil online marketing. Saya sendiri pun sebagai agen CUCKOO pun menjalankan perniagaan secara dalam talian. Dalam apa yang kita buat sekalipun komitmen dan kesungguhan tu sangat penting. Kerana kalau usaha kita lebih, makan lebih lah kita akan dapat, kalau kita ala kadar, sekadar ada, maka keuntungan yang datang juga sekadar hasil usaha kita sahaja.Setiap perniagaan ada pelaburan, setiap pelaburan pasti ada keuntungan.
Harus di ingat, bukan perniagaan OFLINE sahaja yang ada saingan, perniagaan online juga sama.Seperti CUCKOO sendiri yang pada awalnya hanya beberapa ratus agen sahaja seluruh negara dan pada tahun 2016 agen telah bertambah sebanyak satu ribu lebih orang.Jadi saingan kami semakin bertambah. Namun saya percaya, setiap orang ada rezeki dan bahagian masing-masing.Jangan cepat mengalah, semakin banyak yang kita berikan kepada perniagaan kita, semakin lebih pendapatan yang akan kita terima.Itu hukum dunia.Apa yang penting, kita harus memberi lebih daripada apa yang saingan kita beri.
Jadi dalam memastikan kejayaan yang berterusan tiga langkah yang harus kita lakukan dalam memastikan konsistensi perniagaan:
1. Konsisten update Facebook mengikut waktu-waktu tertentu.
Pemilihan WAKTU adalah penting untuk memastikan produk kita lebih midah diingati.Sebaik-baik waktu adalah bila mana orang ramai sedang melayari FACEBOOK.
👉Waktu Pertama adalah dalam jam 6.00 pagi - 7.00 pagi
Saya akan mula UPDATE Facebook saya dengan imej salam dan mutiara kata. Tujuannya adalah bersama-sama berkongsi doa dan perkataan yang baik-baik dalam menempuhi hari supaya lebih berkat dan lebih bermakna.
👉Waktu kedua adalah 12.00 tengahhari - 2.00 Petang
Waktu rehat untuk para pekerja.Saya akan UPDATE tentang produk dan artikel mengenai perniagaan dan juga motivasi.
👉Waktu ketiga adalah 8.00 malam
Waktu kemuncak untuk pengguna FACEBOOK. Sekali lagi saya akan UPDATE mengenai produk serta perkara yang berkaitan serta tips-tips berguna untuk pengguna FACEBOOK amalkan.
Apabila kita konsisten dengan mengemaskini FACEBOOK, jenama kita akan lebih mudah dikenali dan diingati. Ia sama juga seperti kaedah pemasaran melalui media eletronik. Rancangan TV disiarkan setiap minggu mengikut waktu-waktu perdana yang telah dijadualkan.Cerita-cerita yang sedap dan mendapat sambutan akan ditayangkan pada waktu malam untuk memastikan jumlah penonton yang ramai.
.
2.YOUTUBE untuk bina kepercayaan dan jenama perniagaan
Youtube adalah medium utama untuk membina keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap jenama kita. Video dilihat lebih berkesan berbanding imej dan teks. Membuat video itu sememangnya sukar, tapi hari diingat, yang sukar itulah yang kurang dilakukan oleh pesaing lain.Maka, kita harus cepat merebut peluang supaya produk lebih dikenali.
3. Kumpulkan dan bina DATABASE prospek / pelanggan
Mengumpul nama, No telefon, alamat email pelawat di laman web, akaun Facebook adalah penting untuk membina database untuk melihat reaksi pengguna.Lebih besar data ade, lebih banyak peluang berjaya dalam perniagaan. Sentiasa hantar promosi, offer, info, diskaun dan sebagainya untuk terus membina hubungan bersama prospek melalui email atau aplikasi handphone terkini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua ya...
Comments
Post a Comment