HADAP | LOFATTAH PUNYA PASAL | KRONOLOGI FENOMENA LOFATTAH
Sebelum ni saya pernah cakap pasal saya tak sabar nak tunggu cerita "SURI HATI MR PILOT" sebab NEELOFA berlakon. Since drama arahan Micheal Ang ni ditayangkan pada 10 Oktober 2016, saya memang dah ter"gam" depan TV setiap kali drama ditayangkan. Kami yang menonton di TV pun boleh nampak feeling yang disampaikan oleh Lofa dan Fattah dalam drama ni. Sampaikan tak tinggal satu hari pun membelek IG dia orang berdua. Gosip cinta mereka bertaburan di laman-laman sosial dan media. Ini Kronologi untuk Fenomena LOFATTAH..Hadap! Hadap!
Oktober 2016
~ Drama SURI HATI MR PILOT ditayangkan dan bermulalah gosip hubungan cinta antara hero dan heroin dramanya.
~ Sweet couple ni sentiasa dilihat bersama dan kelihatan mesra. Crew-crew drama juga sentiasa UPDATE IG story mereka termasuk MIcheal Ang sendiri. Seakan mengiakan cerita cinta mereka.
~Fasha Sandha juga memberi 'hint' dua rakannya ini sedang bercinta. Peminat juga semakin obses dengan hero dan heroin drama ini malah berharap keduanya disatukan.
November 2016:
~ 5 Juta penonton bagi setiap episod. Drama ini menjadi trending di laman-laman sosial.
~Drama 16 episod ini berakhir pada 3 November 2016 namun keterujaan peminat pada pasangan ini berterusan. Macam-macam nama di IG muncul bukti sokongan peminat terhadap pasangan ini. Dan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Disember 2016:
~Fenomena LOFATTAH berterusan walaupun drama dah habis. Peminat still tak boleh move on termasuk juga hero dan heroin drama ni. Mereka dilihat kerap UPDATE IG bersama. Dalam masa yang sama, Fattah mengaku telah bertemu keluarga NEELOFA. OMG! Memang bukan setakat bersemut, anai-anai semua ada....hahahaha
~Mereka kerap UPDATE gambar bersama. Sampaikan ada IG story yang memaparkan NEELOFA pergi teman FATTAH main FUTSAL yang di UPDATE oleh ROSIK, kawan baik NEELOFA. Tapi tak ada sebarang pengakuan dari kedua-duanya. Mereka cuma kata doa yang baik-baik sahaja.
~Tengah kita feeling tentang cerita dia orang, tiba-tiba keluar kenyataan yang hubungan mereka ada orang ketiga. FATTAH dikatakan ada hubungan dengan perempuan lain. NEELOFA keluarkan kenyataam yang hubungan mereka COMPLICATED! Neelofa minta semua gosip dihentikan. Dia mengaku agak kecewa dengan apa yang berlaku.
~Hujung bulan Disember 2017 Neelofa pergi mengerjakan Umrah di Mekkah dengan keluarganya selama 11 hari dan Fattah pergi bercuti di London. Kisah mereka sunyi seketika. Peminat LOFATTAH seakan memahami. Mereka tutup seketika kisah mereka. You'all the bestlah!
Januari 2017:
~Fattah melancarkan lagu "Wanita Terakhir" yang dibuat oleh Aizat Amdan dan abangnya. Lagu wanita terakhir adalah lagu yang dibuat khas oleh si"dia". Fattah sendiri bagitahu sewaktu lagu ini dilancarkan.
~Fenomena LOFATTAH kembali dengan kehadiran lagu WANITA TERAKHIR. Pada 15.01.2017, buat pertama kalinya NEELOFA kembali ke set MELETOP untuk tahun 2017. Masa tu kelihatan wajahnya berseri dan tersenyum dari awal hingga akhir rancangan. Tambah menarik bila FATTAH datang untuk lancarkan telemovie terbaru lakonan beliau BAYANGAN AMELIA arahan PEKIN IBRAHIM. Di akhir rancangan FATTAH melancarkan single kedua beliau, WANITA TERAKHIR dengan kata-kata yang khas ditujukan pada si "dia"
~Jelas keduanya sedang bahagia. Cuma belum ada kenyataan dari mereka. Diharap semuanya dipermudahkan untuk mereka sampai bila-bila.
~23 Januari 2017, Mereka digandingkan bersama untuk sesi MEET & GREET untuk cover majalah FEBRUARI di Kompleks Media Karangkraf, Para peminat dah beratur dari pagi. Ada yang tak sabar menunggu mereka UPDATE IG story.Memang bersemutlah hari ni...
Comments
Post a Comment