DEMAM LOFATTAH I WANITA TERAKHIR
Terus terang, dari promo iklan "Suri Hati Mr. Pilot" lagi, saya memang tak sabar sangat nak tengok. Sebab apa, masa tu rasa dah rindu sangat nak tengok Neelofa berlakon. Pada saya, kalau Neelofa terima tawaran berlakon, mesti ada something yang hebat tentang drama ni. Masa tu tak terfikir pun pasal Fattah. Sebab last tengok dia berlakon cerita Playboy itu suami aku. Dia berlakon macam kayu masa tu. (Jangan kecam ya..)
Siapa sangka lepas tengok cerita SHMP, memang saya terus jatuh hati jatuh cinta pada kedua-duanya...Swettnya tak payah cakap. Bersemut-semut. Hari-hari sebelum tidur mesti stalk dulu IG dia orang, setiap kali IG story muncul, belum tengok pun dah tersenyum. Memang minat sangat-sangat. Rasa masa tu alangkah bagusnya kalau dua-dua betul-betul bercinta, bertul-betul menikah sahaja. Tapi kita ni manusia. Manalah boleh nak mengatur jodoh dan kehendak takdir. Sehingga habis episod, then last meet and great di Brunei, nampak jelas kedua-duanya sedang bahagia. Rasanya majlis terakhir kita lihat #LOFATTAH bersama pada Anugerah Melodi. Then tiba-tiba ada kenyataan Ada orang ketiga antara mereka. Wahhhh...masa tu rasa macam kecewa benar rasa. Fattah pun kata " Ini adalah waktu saya di uji" . Sunyi seketiga IG tentang cerita mereka berdua. Sorang bawa diri ke Mekah, Sorang bawa diri ke London. Memang krik...krik sekejap cerita tentang mereka berdua. Apa yang saya pegang masa tu Fattah kata #doayangbaikbaik. Jadi kita doa sajalah mereka ya.
Nak dipendekkan cerita. Masa di London, Fattah launching lagu "Wanita Terakhir" . Dia mengaku sendiri yang lagu tu dibuat untuk Si Dia.
Berbunga semulalah hati ni. Paling tidak ada juga pengakuan dari PRINCE kepada PRINCESS. Fattah saya tengok terlalu jujur. Tapi dia tak boleh nak terlalu tonjolkan perasaan sebab mungkin nak menjaga hati. Biasalah, bukan semua perkara boleh dikongsi. Sebagai peminat kita cuma boleh memahami.
Alhamdulillah, bila semuanya dah balik ke Malaysia, masa yang dinanti pun dah tiba. Neelofa mengacara MELETOP buat pertama kalinya malam tu, memang nampak jelas mukanya bahagia. Ketawa tak ingat. Memang saya pun suka sangat masa tu. Sampailah ke acara Fattah menyanyikan lagu "Wanita Terakhir". Eh? Sebelum tu Fattah ada buat kata-kata tau. Nak gambarkan perasaan dia. Ini ayat dia tau..Saya salin semula..hehehe,,,sanggup!
I knew from beginning
right from the start
that I could never forget you
if we were apart
when i'm with you
looking into your eyes
I feel peaceful and at ease
hopeful and alive
you're like a shining star
that lights up my nights
everything make sense
when you're by my side
you're like the beaming sun
that brights up my days
your words and your smile
drowned all my worries away
I'm proud of who you are
and the dreams you have achieved
you've cheered me on for all these time
and in my dreams, you're always believed
time and time again
my heart skips a beat before each hello
and every time we say goodbye
it breaks my heart to watch you go
>Memang sampai apa yang nak dia sampaikan. Disebalik kejayaan seorang lelaki adalah seorang wanita yang menjadi penyuntik semangat untuk lelaki itu berjaya.
Muka bahagia itu ada pada kedua-duanya. Alhamdulillah.Semoga tiada lagi khabar angin melanda. Harap-harapnya ada khabar baik menanti kita untuk 2017 ni. So, ini lirik untuk Wanita Terakhir. Tak kiralah orang nak kata apa, Familia LOFATTAH tetap support
Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyuman manis mu
Kau masih belum milikku lagi
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri
Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyuman manis mu
Kau masih belum milikku lagi
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri
Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku
Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku
Comments
Post a Comment