PERJALANAN 7 HARI 6 MALAM DI KRABI, THAILAND - DAY 2

ok, sambung balik...
untuk hari kedua berada di krabi trip pertama yang kami pilih adalah untuk menjelajah 4 island. pagi tu kami berkumpul depan 'banglo' untuk tunggu kenderaan ambil. ok untuk information kami ni tinggal depan information counter so pemilik information tu juga adalah pemilik 'banglo'. dia muslim. kami menunggu kenderaan lebih kurang 10 minit.so dalam bahasa itik dengan ayam, kami bersembang dengan tuan tanah kedaung. dia tanya : 

"where you go today?" 

"4 island trip" 

"how much you pay?" 

" 1000 bhat per person?" 

"what?1000 bhat? this is my package. i charge only 500 bhat" 

masing-masing dah terdiam dan telan air liur. 

"you deal with who?" 

nak sebut tak reti. kami pun tunjuk resit dan berpandangan sesama sendiri.dalam hati memaki hamun tak terkata.terkena kami dengan si chang. hampes! tak pa-tak pa tengok dulu permainan dia...

"if this company, you dont worry. it will be come!" 

lega separuh nafas. 
tak lama datang sebuah van. pemandu dia turun dan beri salam. fasih bahasa melayu.dia pun krung krang krung krang dengan tuan tuan tanah kedaung. 

"how much they charge you to 4 island?" 

sekali lagi terpaksa jawab. 

" with long tail boat?" 

(long tail boat tu, boat kayu...rupa dia macam ni...) 
mengangguk jer la....

"i charge you 400 bhat" 

memasing diam....layankan jer....

so tuan tanah kedaung kata...
"nevermind learning..." 

kami hanya mampu senyum.. Dengan hati yang macam nak maki hamun orang kenderaan kami pun sampai... kenderaan rasmi thailand.sebuah lori pickup yang penumpang dia duduk di belakang. ni dia panggil bhat bus...


Lupakan soal bayaran...nikmati pengalaman...itu pegangan kami... sebab benda pun dah jadi, dalam kenderaan tu ada dua couple, satu tu kami x sure..nampak macam dari thailand, satu lagi dah tentu couple mat salih... cun juga awek dia and tak sombong...dalam kenderaan tu mulalah aksi kami tangkap gambar guna gopro and pole...maklumlah...upacara perasmian..seronok tak payah cakap...mat salih tu pun nampak teruja.kami apa lagi, bangga tak terkata..siap cakap bahasa melayu dengan yakin...hahahaha...rupanya couple dua tu melayu..kata kau..manalah tak aku syak melayu lau pakai singlet dengan seluar pendek paras peha jer nampak macam thailand pun ada...So biarlah dia...kami datang nak bercuti..bukan nak mengumpat orang...dia cara dia, kami cara kami...

ok lebih kurang lima belas minit perjalanan kami sampai ke jeti...sangat cantik jeti tu....kita boleh nampak boat-boat kayu nelayan dan boat-boat pelancong...so bermulalah ekpedisi kami ke 4 empat pulau...





Kami punya instructor atau pemandu pelancong pandai cakap melayu, pandai cakap inggeris dan pandai bahasa thai(memang dah bahasa dia..) .Kalau tengok budak dia memang tak semenggah pun, tapi kagum dengan apa yang dia cuba tunjukkan.Bayangkan dia orang boleh memandu boat, jadi pemandu arah..kalau budak kita ada ke? ok, lupakan....memang orang melayu mana kelas nak kerja macam ni...

Naik Long Tail Boat pun pengalaman pertama aku, memang aku teruja sangat-sangat.Perjalana nak ke pulau pertama iaitu Poda Island dan Tup Island ambil masa 20 minit. Memang ramai sangat pelancong bermandi manda...tempat dia memang sangat cantik...tempat ni dua pulau bercantum. So dari tup island kita boleh jalan jer nak ke poda island. 

Jap-jap,tak reti berenang? aku pun tak reti..ekekeke...aku main follow jer....kalau nak tau aku memang takut sangat dengan air-air ni, rasanya lepas kejadian tiga tahun lepas ini kali pertama aku datang ke laut semula...herm...thank god..may be semangat nak berhoneymoon tu ada,so aku lupakan semua ketakutan...
pantai dia serius sangat jernih...






Nampak sweet jer kan pengantin baru...hahahaha..kami pengantin lama..hehehe..ok..dalam 30 mini bersiar dekat dua pulau ni, bergerak ke next pulau yang dipanggil chicken island atau dalam bahasa Thailand dia Koh Gai...Memang serius batu yang tercacak semula jadi berbentuk ayam. Dekat sini kami barulah dibenarkkan snorkeling. Tapi air tak berapa cantik, may be semalam air hujan dan ombak besar. Bila menyelam tu tak berapa clear ikannya. Ikan pun tak banyak.

Eh, kalau nak tahu ini jufa first time aku snorkeling. Pergh..memang takut giler!!!! cuak tak terkata. Nasib baiklah suami aku ade. Paut dekat badan dia..Bising juga dia, katanya aku berat.Dia susah berenang. Hahahahaha....Kuang jaq!


Tapi sayang, keindahan tempat ni taklah seberapa. Karang pun dah mati. Memang sadis sikit la. tapi tak pa Pengalaman and enjoy jer....

Next kami singgah ke daratan untuk makan tengahhari.. makanan memang termasuk dalam package and memang 100% halal. Tak payah risau sangat. Sebab menu dia sayuran.Hahahahaha....Penat dah menyelam, memanglah perut lapar. Nak tak nak kena bedallah. Sambil makan menikmati keindahan laut dan mat salih dan minah salih berjemur...Untuk apa ek dia orang ni berjemur? Macam pelik jer.Badan jangan cakap. Berbelang-belang! Merah-merah...Ok, itu orang putih aku pelik, masalah sekarang orang melayu kita pun ada...tu lagi pelik, lagi aku tak paham. Masalah pakaian memang satu hallah, masalah kedua dok sama berjemur macam dekat malaysia ni tak keluar matahari. Padahal dok Malaysia nak basah ketiak, air sampai dicatu...

Oklah, lepas makan gerak ke next station, snorkeling lagi sekali...malas nak up gambar snokerling...tak berapa cunlah walaupun pakai gopro..Sama juga ambil masa 30 minit,tapi tempat kedua ni lagi tak ada ikan. Sadis ler...kami gerak ke next station. Tempat ni serius cantik...Ada orang meniaga atas boat, harga pun pepahamlah...mangga sebiji 50bhat(Rm5)..hamek kau!!! Tak pe jangan nak sibuk membeli, jom tengok tempat cantik dia..rasanya macam private island. Ada restaurant khas dalam gua.tapi tak halal. Ada jual arak, pelancong santai-santai nikmati keindahan laut, boleh barkayak. Tak lama pun kami berhenti dekat sini. Lepas tu terus lah balik ke "banglo"








Berjalan dah, snokerling pun dah, so next sebelah malam secara percuma Chang tawarkan untuk ke Krabi Night Market. Kalau bayaran dikenakan 300bhat seorang. So alhamdulillah, disebalik cas dia yang lebih tadi ada juga baiknya. Kalau tak dah tentu kena bayar 1200bhat untuk empat orang. Ni dia bagi free..siap van datang ambil dekat penginapan. So tak lah tertipu sangat punkan....lagipun balik nanti percuma lagi teksi untuk ke air port 600bhat satu kereta. So, untung tak? Walaupun tak seberapa untungnya, tapi bole la...

Pasar malam dia meriah juga, ada pelukis jalanan, ada persembahan tradisional masyarakat thai,makanan halal jangan risau, berlambak, kalau datang cuba ayam goreng, kerabu mangga, memang meleleh la... malam tu dah siap-siap carikan buah tangan nak balik especially untuk dua orang kekasih hati di rumah. Belikan untuk 3 teman rapat aku dan dua lagi ada orang kirim dekat husband. So dalam membeli, hujan dengan guruh turun, ape lgi lencunlah kami..dah reda sikit menapak ke tempat hentian masa sampai tadi, dalam menunggu, dua orang budak malaysia yang couple tadi pun ada juga. rupaya dia naik satu van dengan kami, ceritalah package si chang ni. rupanya dia pun terkena. Alahai...rupanya memang setiap pelancong yang naik teksi dari airport akan di bawa kesitu, sebab dia orang memang dah link. memang kalau kita kata tak nak sekalipun nanti si pemandu akan buat taktik konon-konon barang tertinggallah, ambil dokumenlah, tak lama mesti ada yang datang untuk tarik kita dengan promosi.So kita ni jenis malas nak mencari, dah tentulah termakan kata-kata manis dia orang tu, tambah plak disogok dengan pisang..akakakaka....so pengajaran dan pengalaman. it's ok, setakat rugi singgit dua tu xde hallah...jadi untuk hari kedua berakhirlah ekspedisi kami iaitu di empat pulau dan night market..so menarik jugalah..dapat nimati permandangan indah, dapat berkenalan dengan orang-orang dekat sana. Tapi hati ni masih belum puas, baki masih ada lagi empat hari....


to be continue.......

Comments