APALAH NAK JADI..KJ vs TOK MOH ZAM ZAM
Alahai...macam nilah kalau orang tak boleh terima kritikan orang lain.Rasa diri dah hebat..rasa diri dah cukup kuat. Tindakan Y.B Khairi Jamaluddin (Menteri Belia Dan Sukan) mengkritik Raja Bomoh ni membuatkan bomoh ni marah. Beliau mendakwa suatu masa dahulu pernah menampar buaya hingga buaya mati..Raja Bomoh yang dikenali sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin telah menggelar KJ sebagai budak hingusan, kurang ajar serta biadap. Herm...kalau professional mungkin mereka akan abaikan kritikan kalau dirasakan tak perlu kot?kenapa nak melenting Tok Moh. Sabar itukan separuh daripada iman. Soal nak mencari MH370 tu serahlah pada kerajaan dan pihak berwajib. Tak perlulah rasanya nak terus memalukan diri serta negara yang telah sedia malu ni. Bukan tak boleh. Nak buat boleh buat. Buatlah secara sembunyi kerana tak semua orang percaya tentang ritual macam ni. Kritikan bukan dari KJ sahaja. malah ramai lagi. Termasuklah para mufti dan Jabatan Agama Islam. Tok Moh tak tampar sekali ke?
Fatwa tentang hukum haram halal ni, bukan KJ yang tentukan. JAKIM. So rasanya JAKIM pun ada keluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Jadi tak usahlah nak melenting. Nak marah-marah. Orang muda bersuara lantang kerana pemikiran mereka lebih terbuka. Isu antarabangsa macam ni, bukan perkara kecil seperti dirasuk hantu, hilang dalam hutan. Ini melibatkan kisah sebuah kehilangan Kapal Terbang. Kapal terbang pula membawa beratus-ratus penumpang.
Kalau benar cara yang Tok Moh bawa berkesan, adakah selepas upacara tersebut beliau dapat petanda? Dah tiga hari lepas upacara sama jer. Tetap macam tu. So tak payah nak buang masa. Kalau nak buat juga, boleh buat. Tak perlulah nak panggil media. Buat jer kerja kita asalkan niatnya murni dan ikhlas untuk membantu.
Nak cabar mencabar letak jawatan ni tak PRO la. KJ memang terkenal dengan kritikan pedasnya. Tapi tak perlulah hanya kerana kritikan tersebut sampai KJ nak letak jawatan. Sebab Jawatannya menteri. Bukan jawatan Cikgu Sekolah Tadika Kemas. Dia dilantik rakyat.Walaupun bukan semua rakyat menyokong. Memang kita tidak takutkan manusia. Kita sepatutnya takutkan ALLAH. Dia maha mengetahui, dia MAHA KAYA, Dia MAHA BERKUASA.Segala yang terjadi atas izin-Nya. Kalau tampar macam buaya, buaya mati, itu juga atas izin-Nya. Jadi tak perlulah nak bertelagah dengan isu yang lebih berat (kehilangan MH370) lebih penting dari segalanya.
Janganlah kata orang kampung bodoh. Sebab semua asal kita berasal dari kampung. Ramai orang Rembau juga di Malaysia ni. Kita ni bukan selamanya sihat, bukan selamanya hidup. Yang hidup pastikan mati..itu janji-Nya.
Kesan daripada itu juga pihak antarabangsa menyelar tindakan kita dengan mengatakan PM kita tak berotak. Hadoi. Sadis rasa. Makin hari makin pening kepala.Ada jer berita kurang enak timbul pasal Kehilangan MH370 ni. Semoga Allah permudahkan Segalanya Dan Kita Menemui Jalan Yang Benar dan Sebenanrnya berkat ikhtiar +Solat Hajat + Doa daripada rakyat seluruh dunia.
Comments
Post a Comment