BERITA MH370
Berita yang menggemparkan negara malah seluruh dunia tentang kehilangan MH370 memang terkesan hebat dalam sejarah kita. Ia tak dapat dikesan samada dia sudah tenggelam, sudah terbakar, mahupun sudah terjunam dimana-mana. Tiada sebarang petanda. Tapi harap-harapnya masih selamat dan kembali pada kita berkat doa yang kita panjatkan pada ilahi. Macam-macam spekulasi tentang peristiwa kehilangan pesawat milik MAS ini hingga ada pihak sanggup mengambil kesempatan atas kehilangannya dengan menyebarkan kata-kata berunsur fitnah dan atas kepentingan peribadi. Janganlah kita kaitkan apa yang berlaku dengan unsur-unsur yang tidak berasas dan tidak berkepentingan melainkan mengharapkan keselamatan mereka. Jangan kita salahkan kerajaan kerana Tulip percaya kerajaan kita juga tak inginkan perkara ini terjadi. Kita semua nak negara aman. Tak ada siapa yang mengharapkan peperangan, pemberontakkan apatahlagi perkara ini melibatkan kuasa-kuasa besar serta berpengaruh terutama AS dan China yang kita kenal dengan negara komunisnya. Campur tangan kuasa besar ini diharap dapat membantu dan menyelesaikan masalah yang ada. Sedih kalau fikirkan jika ia berunsur keganasan serta ada agenda tertentu terutama dua lelaki yang dipercayai menggunakan passport palsu yang diwar-warkan sebagai agen perisik, pengganas. Harap ia sekadar khabar angin kerana setiap apa yang kita katakan ini bakal menyakitkan serta menambah kedukaan ahli keluarga terlibat.
PDRM dah sebarkan gambar seorang lelaki berusia 19 Tahun yang dikenali sebagai POURIA NOUR MOHAMMAD MEHRDAD disyaki menggunakan passport palsu. Tapi lepas tu keluarkan kenyataan yang lelaki ni bukan pengganas, cuma seorang yang nak mulakan hidup baru. Seseorang nak hidup baru dengan gunakan passport orang lain? Herm... Nama pembeli tiket kapal terbang kepada dua lelaki ini dikenali sebagai Mr. Ali, warganegara Iran. Ia didedahkan oleh pihak Thailand. Mr. Ali telah membelikan mereka tiket di Thailand, tetapi tak jadi kemudian membeli tiket lain menggunakan cash. Mr. Ali mendakwa dia tak berapa kenali lelaki ni secara peribadi kerana dia berada di Iran. Entah apa rencananya Allah sahaja yang tahu..
Tapi ada pula dakwaan ada pihak nampak semasa kejadian kapal terbang tersebut terbang rendah dalam waktu berlainan di tempat berlainan. Tapi benarkah MS370? Terlalu banyak versi yang ada..
Dengan itu juga pihak luar mengecam tindakan kerajaan Malaysia yanglambat menguruskan masalah-masalah professional dan Antarabangsa dan lambat menguruskan hal seperti ini.(Bukan lambat tapi berhati-hati...Nak jaga hati semua pihak bukan senangkan?).Jadi tidak adillah rasanya kita ni nak sebelahkan negara lain terutama negara China. Untuk apa? Kita sama sahaja. Andai kata dia teror sangat dalam risik merisik ni, cubalah dia selesaikan kerana setahu Tulip dia juga ada menghantar bantuan. Tapi kenapa hhingga hari ini masih sama jer? Mungkinkah kerajaan China tahu dimana mereka berada?Herm....kemungkinan sahaja...tak ada motif apa-apa agaknya..atau Mungkin kerajaan kita ada startegi untuk membuat rundingan?Barangkali? Sebab itu lambat sedikit. Tapi percayalah, yakinlah, berkat doa kita mereka semua masih selamat. Mereka masih hidup. (Entah mengapa hati ini yakin sangat!).
AS pula satu kuasa besar yang kita kenal dengan kecanggihan dan kemajuan mereka dalam setiap aspek mungkin dapat banyak dapat membantu kita mengesan dimana pesawat MH370 berada.Andai benar masalah ini dapat diselesaikan mereka dengan kebijaksaan mereka sebagai negara yang berkuasa besar tunjukkanlah.. Mungkin dengan cara ini dapat melonjakkan lagi nama mereka dan membesarkan pengaruh mereka.(Harap-harap OBAMA faham tulisan melayu dan membacanya..hehehe..).
ANDAI ADA BERITA KHABARKANLAH..
JANGANLAH BERLINDUNG LAGI...
MENANTI IBARAT MATI..
DERITA DITANGGUNG MEYEKSA HATI...
ni lelaki yang dikatakan nak mencari hidup baru tu...
sumber gambar :http://www.melvister.com/2014/03/berita-terkini-pesawat-mas-mh370-hilang-11-mac-2014.html
Comments
Post a Comment