APA GUNANYA RAJA BOMOH NI?

Setiap orang menanti dengan penuh harapan. Sudah masuk pun hari ke enam. Banyak spekulasi yang timbul sampai aku sendiri pun turut sama terpengaruh dengan cerita-cerita tu...Tapi tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana berkat doa semua insyaallah ia akan ditemui cuma DIA yang tahu. Tapi kenapa perlu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan perkara ini? Sudah cukup negara dikutuk oleh negara asing datang pula bangsa kita sendiri membuat perkara bodoh yang tidak masuk dek akal. Dan macam mana pihak ini dibiarkan terus membuat sesuka hati? Tak salah ikhtiar, namun biarlah pada jalannya. Tuhan itu ada. Adakah dengan mudah buah kelapa, bubu bulu, teropong buluh, bakul menjadi penyelesaian masalah kepada masalah besar sebegini? Berfikirlah, jangan nampakkan kebodohan kita yang sedia nampak bodoh dihadapan mata kuasa-kuasa besar. Usahalah dengan bordoa, usahalah dengan ikhtiar. Tak ada jalan mudah selain DIA permudahkan.

Aku sendiri dah naik malas nak membaca, tapi doa tetap diteruskan. Kita patut menyokong, mendorong dan support usaha kerajaan kita. janganlah kita menambah beban yang sedia ada. Jaga hati semua pihak, jaga hati keluarga mangsa. Tak perlu guna bomoh, pawang yang kita sendiri tahu apa kepentingan mereka. Apa yang boleh aku cakapkan dekat sini tu semua MENGARUT! MEMALUKAN! Buka pekung sendiri.Kita negara islam tapi amalkan kepercayaan karut. Siapa tak ketawakan?

Entah siapa punya angkara, entah siapa dalangnya kita tak tahu, tapi harapan aku cukuplah. Benda ni serius. bukan kes rompak pasar malam, bukan kes hilang duit 10 ringgit. Ini kes kehilangan sebuah kapal terbang. Melibatkan ramai orang. melibatkan banyak nyawa. Kalau nak berbomoh sangat, pergilah balik kampung. ikhtiar bomohkan orang yang kena santau, kena rasuk tu..mungkin dia orang lebih memerlukan. Tapi bukan untuk kes ini. Solat hajat, istikharah, doa yang tidak putus-putus mungkin kita akan temui jalan. Kita tak boleh potong jalan yang telah ditetapkan. ALLAH tahu apa yang sedang berlaku dan yang berlaku semua dengan izinnya. Maaflah andai apa yang aku kata menyebabkan ada pihak terasa. Tapi itulah hakikatnya. Jangan nak buat harapan palsu. Hentikan Khurafat, hentikan tahyul. Balik kampung pergi tangkap toyol, pergi tangkap hantu raya.

Sedih aku tengok semua ni.Keluarga mangsa makin hari makin terluka. STOPlah. Pihak bertanggungjawab tolong hentikan mereka, jangan benarkan mereka terus-terusan begini!!!


#prayMH370

Comments